Program Bina Usahawan PPPNP dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak
Program Bina Usahawan PPPNP anjuran bersama PPPNP dan Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak bertempat di Dewan Serbaguna Kampung Batu 3, Temoh, Tapah pada 21/10/2019 (Isnin).
Majlis dirasmikan oleh Encik Khairul Azhar, Penghulu Mukim Chendering, Tapah. Program Latihan Pembuatan Bebola Ikan ini terdiri daripada golongan wanita dan ibu tunggal sekitar Dun Chenderiang dan Batang Padang Parlimen Tapah bagi membantu menjana pendapatan dimasa hadapan.

Program Semarak Tani : Menjana Ekonomi Komuniti
Sekitar Program Semarak Tani : Menjana Ekonomi Komuniti pada 18 Oktober 2019 bertempat di Dewan JKKK Tanjung Piandang, Kerian. Program ini telah dirasmikan oleh YB Yunus Jamahri, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pertanian Dan Perladangan Negeri Perak merangkap Adun Kuala Kurau.

Sungai Manik Paddy Muddy Run
Program Sungai Manik Paddy Muddy Run yang telah dianjurkan oleh Checkpoint Pro dan Rockhopper Outdoor dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) yang berlangsung di Dewan MPTI, Langkap pada 13 Oktober 2019 (Ahad). Turut hadir YB Dato’ Zainol Fadzi bin Haji Baharuddin serta Tuan Mohd Kahar bin Mukktarudin Ketua Pegawai Operasi PPPNP bagi sesi penyampaian hadiah. Program ini merupakan salah satu acara untuk mempromosikan program Perak SADC Agrofest yang akan diadakan pada bulan November kelak.

Program Bazaar Peduli Rakyat
Program Bazaar Peduli Rakyat di Pasar Tani Kekal (PTK) Lekir, Manjung
Tarikh : 19 & 20 Oktober 2019
PPPNP turut membuka Booth bagi Penerangan Program Pembangunan Usahawan PPPNP.

Program Bina Usahawan PPPNP
Pertubuhan Kebajikan Ukhuwah Masyarakat Prihatin Perak (UKHUWAH) bersama PPPNP
Tarikh: 17 Oktober 2019
Tempat : Dewan orang ramai ulu kenas.
Perasmian : Dr Hashim Bujang(Penyelaras Dun Manong)

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Keluarga@Kerja (Parenting @ Work)
Ipoh - Bengkel Kemahiran Keibubapaan Keluarga@Kerja (Parenting @ Work) telah diadakan pada 8 Oktober 2019 di Dewan Pejabat Tanah dan Galian, Ipoh anjuran LPPKN Negeri Perak.