Pengurus Ladang

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

KUMPULAN PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk berkhidmat di Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak dalam jawatan-jawatan berikut:

 

JAWATAN : PENGURUS LADANG

 

TANGGUNGJAWAB:

 1. Berkeupayaan untuk menguruskan kawasan ladang getah atau kelapa sawit seluas 2500 ekar atau lebih;
2. Memastikan pembangunan ladang dan pengurusan ladang mengekalkan standard yang memuaskan
3. Mengurus dan memantau operasi ladang dan pejabat juga memastikan Kumpulan PPPNP boleh mencapai matlamat dengan cara dan masa yang tepat;
4. Berkeupayaan untuk memimpin dan memberi motivasi kepada kakitangan dan tenaga kerja untuk meningkatkan produktiviti serta kualiti kerja.

 

KELAYAKAN:

 1. Diploma / Ijazah dalam Perladangan atau kelayakan yang berkaitan atau memiliki lebih daripada 10 tahun pengalaman perladangan;
2. Keupayaan untuk berkomunikasi dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris;
3. Mempunyai semangat dan motivasi kerja yang tinggi serta mampu bekerja di bawah tekanan.

 

Calon-calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan secara bertulis dengan menyertakan ‘resume’ yang lengkap beserta gambar ukuran passport (tidak dikembalikan) kepada alamat berikut:

 

 KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK

NO. 3, JALAN TAMAN KINTA

TAMAN CHATEAU, 30250 IPOH,

PERAK DARUL RIDZUAN.

(U.P. BAHAGIAN SUMBER MANUSIA)

 

Hanya calon-calon yang terpilih sahaja akan dihubungi.

Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest