Kata-Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif

ASSALAMU’ALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

Ibarat sirih pulang ke gagang. Itulah ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi di mana kembalinya saya ke Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) setelah meninggalkan PPPNP pada tahun 2013.

Kembalinya saya ke PPPNP ini adalah bagi meneruskan usaha-usaha murni yang telah diperjuangkan semasa pentadbiran terdahulu disamping meningkatkan lagi produktiviti syarikat. Untuk mencapai produktiviti yang tinggi, kita perlu menghapuskan halangan yang wujud dalam pertumbuhan produktiviti di kedua-dua peringkat makroekonomi dan mikroekonomi. Tiada formula yang rumit diperlukan untuk maju ke hadapan kerana apa yang perlu dilakukan adalah dengan memupuk daya saing dan pemikiran yang produktif.

Pekerja sebagai modal insan merupakan faktor yang menentukan sama ada syarikat meraih keuntungan dan produktiviti tidak kira apa jenis produk atau perkhidmatan yang dihasilkan. Produktiviti syarikat juga terjamin jika tenaga kerja memberi tumpuan penuh kepada tugasan yang diberikan. Dari sudut pengurusan PPPNP juga, saya akan mengambil pendekatan yang lebih bijak dan bertolak ansur apabila berhadapan dengan pekerja yang melakukan kesilapan dengan tidak terus menghukum sebaliknya melihat sebagai peluang pembelajaran kendiri ke arah produktiviti yang lebih tinggi. Konsep ini bertepatan dengan ‘Politik Kasih Sayang’, yang sering ditekankan oleh YAB Tuan Ahmad Faizal Dato’ Azumu, Menteri Besar Perak.

“Kita adalah terbaik apabila kita saling bekerjasama”. Saya menyeru seluruh warga kerja PPPNP bahawa kita perlu sedar jika bekerja secara bersendirian bukan sahaja menjejaskan kesan berganda terhadap persekitaran perniagaan malahan ia turut membuang masa dan sumber. Ia merupakan satu peluang untuk kita berganding bahu bagi menggerakkan misi kita dalam menerapkan pemikiran dan budaya produktiviti tinggi dalam kehidupan seharian. Hanya dengan itu, aspirasi negara untuk menjadi negara dengan status berpendapatan tinggi dan kesejahteraan yang lebih baik bagi rakyat Malaysia akan tercapai menjelang tahun 2020 dan akan datang selaras dengan Aspirasi Kerajaan Pakatan Harapan sekarang yang diketuai oleh YAB Tun Dr. Mahathir bin Mohamad.

"WA ALAYKUMU S-SALAM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUH"

HAJI YAHANIS BIN YAHYA, ACM, AMP

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

Penubuhan

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari 1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-

  • Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
  • Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.


Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu:

  1. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  2. Pegawai Kewangan Negeri Perak
  3. Penasihat Undang-Undang Negeri Perak

Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.

Operasi utama Perbadanan adalah dengan membuka tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dengan projek-projek pertanian. Ladang pertama yang dibuka adalah Ladang Jalong Tinggi di Sg. Siput (U) seluas 3500 ekar dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1975.Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978. Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.

Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, PPPNP kini telah memiliki 25 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Palembang, Indonesia. Disamping itu juga PPPNP mempunyai 2 buah kilang memproses sawit yang terletak di Kg. Gajah, Perak dan juga di Palembang,Indonesia.

Tahun 2011 perbadanan telah mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi mempelbagaikan bidang perniagaan baru iaitu:

  1. Projek Tanaman Rock Melon
  2. Produk Minuman & Makanan
  3. Projek Tanaman Gaharu
  4. Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar ( Usahasama dengan syarikat Trapia Malaysia)
  5. Projek Ternakan Udang Dalam Sangkar (Usahasama dengan syarikat SBH Marine Industries)

PPPNP telah pun distruktur semula dengan melaksanakan pengkopratan dalam usaha untuk menjadikan PPPNP sebuah GLC yang terbaik di negeri Perak khususnya dan di Malaysia amnya. Proses pengkopratan ini telah melibatkan beberapa peringkat dengan menggabungkan beberapa anak syarikat dan diletakkan dibawah satu pengurusan iaitu Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.