Perak Agro Marketing

Objektif

Untuk menjalankan perniagaan di Malaysia atau luar negara dalam aktiviti membeli, menjual semula, sebagai pengimport & pengeksport, mengangjut, menyimpan, membangun, mempromosi atau membekalkan dan bertindak sebagai broker, perdagangan, agen, pengedar, wakil/francis, perunding, kolaborator, stokes, gudang eksport untuk semua jenis produk asas atau sebaliknya berurusan dalam semua produk yang berasaskan aktiviti pertanian.

Telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965, pada 11 haibulan Julai 2012 dan merupakan anak syarikat kepada Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri PerakPerak agro Marketing Sdn. Bhd.

Untuk menjalankan perniagaan di Malaysia dari segi pemasaran, promosi, francasi, atau berurusan di mana-mana aktiviti di atas dalam pasaran dalaman dan luaran dengan sendiri atau melalui konsep pemasaran rangkaian dalam apa jua jenis atau sefat dan melantik sub francais dan lain-lain bagi mana-mana tujuan di atas

Untuk memohon beli atau selainnya memperoleh dan mendapatkan mana-mana paten, lessen, kebenaran, konsesi pempproses dan sebagainya yang memberikan apa-apa hal ekslusif atau terhad yang mungkin kelihatan boleh digunakan untuk sebarangtujuan syarikat.

Perak Agro Marketing Sdn. Bhd. telah memasarkan beberapa produk penjenamaan Pegro seperti minuman, makanan sejuk beku, buah-buahan, snek serta barangan runcit.

Perak Agro Oil Farm Sdn Bhd

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan kelapa sawit dari segi pengeluaran, pemprosesan, mengimport dan mengedar hasil kelapa sawit yang diperolehi dari ladang-ladang kelapa sawit di bawah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak secara amnya untuk menjalankan segala urusan dan aktiviti hiliran yang berkaitan industri kelapa sawit. Selain itu, penubuhan syarikat ini juga bertujuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan ke peringkat seterusnya dalam kemajuan minyak sawit, kultur tisu, bioteknologi, agronomi, perlindungan tanaman dan tanaman lain yang berpotensi.

merupakan sebuah anak syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tarikh 17 haribulan Mac 2011.Syarikat Perak Agro Oil Palm Sdn. Bhd.

Terdapat tiga anak syarikat dibawah Perak Agro Oil Palm Sdn Bhd iaitu Ladang Jalong Sdn Bhd, Ladang Lekir Sdn Bhd & Perak Agro Mills Sdn Bhd.

Perak Agro Farm Sdn Bhd

Perak Agro Farm telah ditubuhkan pada 13 Oktober 2011, syarikat ini merupakan syarikat berhad menurut syer dan bahawa syarikat ini adalah syarikat sendirian. Kegiatan utama syarikat adalah menjalankan perniagaan petani, ladang tenusu, stok hidup, perikanan, ladang ternakan, nursery, penanaman hasil, pengilangan dan pengeluaran produk hasil tani, pelaburan dalam agro industri dan apa-apa perniagaan yang berkaitan.

Terdapat tiga anak syarikat dibawah Perak Agro Farm iaitu Perak Agro Herbal Sdn. Bhd., Perak Melon Corporation Sdn. Bhd., Forest'Secret Sdn. Bhd.Perak Agro Farm Sdn. Bhd

Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd

telah didaftarkan dan ditubuhkan pada 17 Mac 2011 dibawah akta syarikat 1965 dan syarikat ini merupakan sebuah syarikat baru yang ditubuhkan bagi menguruskan serta menjalankan aktiviti-aktiviti penternakan dan perniagaan hasil-hasil marin dan air tawar serta organism akuatik bagi tujuan makanan, akuarium atau saintifik untuk usaha komersial.Perak Agro Aquaculture Sdn. Bhd.
   

Terdapat dua anak syarikat dibawah Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd iaitu Dalefin Holdings Sdn Bhd dan SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd.

 

Projek semasa dibawah PAA melalui Dalefin Holdings Sdn Bhd:

 

1) PROJEK EPP #4: “SYNERGY FARMING PROGRAMME IN AIZ TASIK TEMENGOR, GERIK”

 

  • Projek ini merupakan satu usahasama yang dilakukan antara kerajaan pusat bersama Trapia Malaysia Sdn Bhd bagi meningkatkan aktiviti ternakan ikan air tawar (tilapia).
  • Menerusi projek di atas, PAA bersifat optimis untuk menjadi pembekal dan bertanggungjawab dalam memasang sangkar bagi aktiviti terbabit.
  • Terdapat 2 modul sangkar yang sedang giat dipasang. (1 modul=20 sangkar) keseluruhan 40 sangkar. Setiap sangkar berdiameter 20M dan pemasangan sangkar mengikut kordinat serta teknik yang membolehkan sangkar bergerak ke atas atau ke bawah mengikut aras ketinggian air.
  • Komponen barang yang digunakan ditempah khas/beli daripada Negara Taiwan, Chile/Canada dan Norway.
  • Keluasan : 100 ha
  • Projek ini bakal membuka peluang pekerjaan kepada 30 usahawan yang berkelayakan bagi menyelenggara sangkar yang disediakan mengikut spesifikasi/standard procedure yang akan ditetapkan kelak.
 

2) PROJEK PERIKANAN LAUT “SET NET” DI PERAIRAN PULAU PANGKOR

  • PAA telah memetrai perjanjian bersama syarikat Ropers Enterprises Co Ltd daripada Taiwan dalam usaha memperkembangkan aktiviti perikanan di perairan laut disekitar pulau pangkor.
  • Kaedah penangkapan ikan menggunakan set net pada asalnya telah mula dikomersialkan di negara Jepun dan kemudian di perairan Taiwan.
  • Konsep penangkapan ikan: seperti bubu, tetapi menggunakan jaring. Hanya ikan besar yang akan terpeangkap didalam kawasan net dan akan diraih oleh pekerja setiap hari.
  • Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah bagi memastikan sumber ikan akan sentiasa berterusan sepanjang tahun kepada pasaran tempatan khususnya.
  • Projek ini bakal membuka peluang pekerjaan yang mana harus mengikuti kursus intensif bersama pihak dari Taiwan berkaitan penyelenggaraan set net, kaedah meraih ikan yang betul, kaedah pemantauan dan sebagainya.



Projek semasa dibawah PAA melalui SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd: 


1) PROJEK TERNAKAN UDANG DI KUALA KURAU, TAIPING, PERAK

  • Projek ini merupakan hasil ushasama bersama syarikat SBH Aquaculture Farm Sdn Bhd pada 29 September 2011.
  • Projek ternakan udang ini merupakan projek pertama bagi SBH Perak Agro Aquaculture Sdn. Bhd. yang memulakan aktiviti ternakan pada November 2012.
  • Berlangusngnya projek ternakan udang ini dapat menambah hasil pengeluaran udang dan memajukan sektor akuakultur Negeri Perak.
  • Produk yang dihasilkan adalah udang Vannamei dan udang Black Tiger.
  • Penglibatan dalam bidang ini secara komersial dapat membuka peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan seterusnya menjana dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak.
Misi Dan Objektif

Misi
  • Untuk memajukan sektor akuakultur Negeri Perak.
  • Untuk membangunkan sebuah ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa dan menghasilkan udang yang bermutu tinggi dan selamat dimakan.
Objektif
  • Mencapai hasil pengeluaran yang disasarkan.
  • Membuka peluang pembelajaran dan teknik-teknik berkenaan akuakultur kepada penduduk setempat dan belia yang berwawasan. 

Perak SADC Agropreneur Pitch

        CADANGAN DAERAH-DAERAH DI NEGERI PERAK   *Sebarang perubahan tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian     Muat Turun Borang

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.