Ladang Untuk Rakyat

Ladang Untuk Rakyat adalah satu usaha untuk membantu rakyat berpendapatan rendah, khususnya dan rakyat Negeri Perak amnya, di samping individu-individu yang berkhidmat dan berjasa kepada Negeri Perak untuk menyertai program yang diperkenalkan.

Individu-individu yang berjaya tidak perlu mengusahakan tanah kerana segala urusan perladangan akan dikendalikan oleh anak syarikat PPPNP sepanjang tempoh pajakan diantara 30 - 60 tahun.

Program Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning seluas 1,113.86 hektar dan Ladang untuk Rakyat Hilir Perak seluas 889.68 hektar dimajukan dengan tanaman kelapa sawit melalui dana dalaman dan pinjaman bank oleh PPPNP.

PPPNP juga telah memulakan pembangunan Ladang Untuk Rakyat Jaya Setia yang terletak di Mukim Sungai Siput dengan keluasan lebih kurang 843 ekar yang akan ditanam dengan tanaman getah.

Setiap tahun, peserta yang telah selesai membuat pembayaran pembelian akan diberi dividen dari keuntungan ladang setelah ditolak kos penyelenggaraan ladang.

Pada tahun 2016, jumlah peserta bagi Ladang Untuk Rakyat adalah berjumlah 2,140 orang. 

Pelaksanaan Ladang Untuk Rakyat adalah bertujuan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan rakyat Negeri Perak serta individu-individu yang berjasa kepada Negeri Perak dengan memberi peluang kepada permohon-permohon yang berjaya mendapat hasil keuntungan kelapa sawit dan getah tanpa perlu mengusahakannya kerana segala urusan perladangan adalah dikendalikan oleh anak syarikat milik 100% PPPNP sepanjang tempoh pajakan 60 tahun, Projek Ladang Untuk Rakyat yang sedia ada yang bertanam dengan kelapa sawit adalah berkonsepkan pembelian lot-lot bersaiz satu hektar pada kadar RM 12.500/ lot.

Harga jualan ini meliputi:

  • Tanah (bayaran premium, kerja sukat, Laporan Kesan Alam Sekitar.
  • Penyediaan kawasan dan prasarana ladang.
    Bahan tanaman
  • Input dan kos penyelenggaraan pengurusan selarna 36 bulan selepas ditanam.


Setiap tahun, peserta yang telah selesai rnembuat pembayaran pembelian akan diberi dividen dari keuntungan ladang setelah ditolak kos penyelenggaraan ladang. Sehingga kini, dividen yang berjaya diberi oleh PPPNP kepada peserta (yang telah rnembuat pembayaran) adalah di antara RM2.000.00 - RM6.000.00 seorang.

Manakala konsep baru bagi Projek Ladang Untuk Rakyat Jaya Setia yang akan datang adalah pembelian saham pada kadar RM40.000.00/lot bersamaan 5 ekar tanaman, Harga jualan ini adalah untuk menampung kos tanah dan kos pernbangunan. Melalui konsep pembelian saham ini akan dapat rnernberi jaminan agar semua peserta akan rnemperoleh dividen yang
saksama.

Caj-caj lain yang akan dikenakan adalah seperti berikut:

  • Fee Guaman
  • Caj Pentadbiran
  • Caj Pengurusan Ladang

Bagi menjamin bekalan benih yang bermutu PPPNP telah mengusahakan Tapak Semaian Kelapa Sawit dan Tapak Semaian Cetah di Sungai Galah. PPPNP kini sedang dalam perancangan untuk menambah beberapa buah lagi projek Ladang Untuk Rakyat, agar lebih ramai rakyat negeri Perak dapat menikmati faedah dari keuntungan projek ini.


LADANG PAHLAWAN

Peserta Ladang Pahlawan terdiri daripada bekas anggota tentera yang berpangkat rendah atau balu-balu mereka.

Ladang ini ditubuhkan bagi membantu meringankan beban ekonomi bekas anggota tentera atau keluarga yang ditimpa kemalangan. Selain itu juga, ladang usahawan ini memberi peluang kepada peserta untuk memiliki tanah yang diusaha dan diuruskan secara komersil.

Konsep perlaksanaan Ladang Pahlawan ini adalah, PPPNP akan memajukan tanah yang dimohon daripada Kerajaan Negeri untuk penanaman kelapa sawit. Hasil keuntungan akan diberikan kepada para peserta mengikut syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan.

Ladang Pahlawan terletak di Ayer Kuning yang berkeluasan 511.19 hektar.

  

LADANG USAHAWAN PAHLAWAN

Ladang Usahawan Pahlawan ini telah dirasmikan pada 03 Oktober 2005 oleh YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang merupakan Menteri Besar Perak ketika itu.

Objektif penubuhan ladang ini adalah untuk mewujudkan projek pertanian berkelompok secara komersil untuk golongan pesara tentera yang berpangkat kapten ke atas.

Ladang ini memberi peluang kepada golongan pesara tentera untuk memiliki aset (tanah pertanian) yang akan diuruskan secara profesional dan memberikan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan kepada mereka.

Lokasi Ladang Usahawan Pahlawan ini terletak di Tualang Tumbuh iaitu di dalam Daerah Kampung Gajah. Ladang ini mempunyai keluasan 170 hektar.

Pada 18 Februari 2008, YAB Dato’ Seri Diraja Mohd Najib Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah merasmikan Majlis Penuaian Hasil Ladang Usahawan Pahlawan.

 

LADANG USAHAWAN TANI

Objektif Ladang Usahawan Tani memberi peluang kepada peserta untuk memiliki hartanah (tanaman kelapa sawit) pada harga yang berpatutan dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada peserta.

Peserta terdiri daripada golongan Pegawai Kanan Kerajaan yang telah bersara. Pemilihan peserta adalah tertakluk kepada kelulusan YAB Pengerusi PPPNP.

Konsep pembangunan ladang ini ialah melalui pembangunan tanah dengan tanman kelapa sawit oleh PPPNP. PPPNP akan mendahului kos pembangunan dan penyelenggaraan selama 3 tahun kepada peserta.

Setelah siap ditanam, tanah tersebut akan dipajak kepada peserta. Walaupun tanah dipajak namun keseluruhan ladang masih diuruskan oleh PPPNP sehingga tempoh pajakan berakhir (60 tahun).

Ini bertujuan supaya ladang dapat diuruskan secara profesional dan komersil walaupun peserta tinggal jauh dari ladang atau faktor usia. Perlaksanaan ini sekaligus dapat mengelakkan dari tanah terbiar.

Lokasi Ladang Usahawan Tani ini terletak di Mukim Tanjung Tualang, Daerah Kampung Gajah.

Ladang ini mempunyai keluasan sehingga 385.90 hektar.

 

LADANG UNTUK RAKYAT AYER KUNING
NAMA PENGURUS : EN. GHAZALI NOOR BIN JA'AFAR
TEL : 019-5000634
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
NO. TELEFON PEJABAT : 019-5000893
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

LADANG UNTUK RAKYAT HILIR PERAK
NAMA PENGURUS : EN. MOHD NORIDZUWAN BIN MOHD KABRI
TEL : 019-5000673
EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
NO. TELEFON PEJABAT : 013-7797794
EMAIL: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.


LADANG UNTUK RAKYAT ULU PIAH
NAMA PENGURUS : HJ KAMARUDDIN BIN WAHAP
NO.TEL : 019-5245377
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Klik pada pautan dibawah:

Ladang Rakyat  |  Tapak Semaian 

Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest