Ladang Usahawan Tani
PPPNP membangunkan tanah dengan tanaman kelapa sawit. Kos pembangunan dan penyelenggaraan selama 3 tahun didahulukan oleh PPPNP. Setelah siap ditanam, tanah dipajak kepada peserta. Walaupun dipajak, keseluruhan ladang masih diuruskan oleh PPPNP sepanjang tempoh projek berjalan (60 tahun). Ini bertujuan supaya ladang dapat diuruskan secara professional dan komersial walaupun peserta tinggal jauh dari ladang atau faktor usia. Ini sekaligus dapat mengelakkan dari gejala tanah terbiar.
OBJEKTIF
- Memberi peluang kepada peserta untuk memiliki hartanah (tanaman kelapa sawit) pada harga yang berpatutan.
- Memberi pendapatan tambahan yang stabil dan berterusan kepada peserta.
PESERTA
Peserta terdiri daripada Pegawai Kanan kerajaan yang telah bersara dan pemilihan peserta adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Y.A.B Pengerusi Perbadanan.
LOKASI
Mukim Tanjung Tualang, Daerah Kg. Gajah
KELUASAN
385.90 HEKTAR /953.56 EKAR
MAKLUMAT LADANG
NAMA PENGURUS : EN. SHARON IRAWADDY BIN IBERAHIM
NO. TELEFON : 019-9139813
EMAIL : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.