PATRO & PLISA

Satu lagi usaha Kumpulan PPPNP dalam membantu rakyat ialah melalui Projek Ladang Integrasi Sosial dan Agrotourism (PLISA). Projek ini telah dilancarkan pada 5 Mac 2013 dan diusahakan di atas kawasan seluas 268 hektar di Sungai Galah, Tanjung Tualang. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan ibu tunggal yang mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Perak.

Konsep PATRO mengamalkan pengurusan kejat dengan mengguna pakai kaedah penanaman berpusat yang menggabungkan aktiviti-aktiviti pertanian, penternakan, akuakultur dan agrotourism dalam satu kawasan yang sama.

Ini termasuklah menyediakan kemudahan prasarana dan juga pemberian modal agar mereka mampu menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti tinggi. Kumpulan PPPNP juga membantu dari aspek promosi dan pengkomersialan produk-produk pertanian yang dihasilkan..

Perak SADC Agropreneur Pitch

  Muat Turun Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur/   Borang Penyertaan Perak SADC Agropreneur  

Bintang Karaoke Agrofest SADC

  Muat Turun Borang Bintang Karaoke AgroFest SADC/ PPPNP  Borang Penyertaan Bintang Karaoke AgroFest