Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

PATRO mengadaptasi dan mengamalkan pengurusan kejat dengan menggunapakai kaedah penanaman berpusat yang menggabungkan aktiviti-aktiviti pertanian, penternakan, akuakultur dan agrotourism di dalam satu kawasan yang sama.

Sehingga hari ini, PPPNP telah membangunkan dua resort agrotourism iaitu PATRO Sungai Galah yang terletak di Tanjung Tualang dan PATRO Sungai Rui yang terletak di Grik.

PATRO Sungai Galah telah dirasmikan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak di atas tanah seluas 268 hektar pada 14 Mei 2016.

 

"Antara aktiviti menarik yang terdapat di PATRO Sungai Galah adalah seperti aktiviti menunggang kuda, paintball, menunggang basikal, buggy/ ATV memanah, berkayak dan berkelah."PATRO

Selain daripada itu, daya tarikan lain yang terdapat di PATRO Sungai Galah adalah resort tersebut dikelilingi dengan penanaman mangga, penanaman cili fertigasi, penternakan itik telur dan lain-lain.

Pembangunan PATRO Sungai Galah ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan ibu tunggal yang mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Perak.

Sambutan yang memberangsangkan dari pembangunan PATRO Sungai Galah telah memberi inspirasi kepada PPPNP untuk meneruskan pembangunan Agrotourism kedua iaitu PATRO Sungai Rui.

PATRO Sg. Rui

Pembangunan Agrotourism kedua iaitu PATRO Sungai Rui. PATRO Sungai Rui terletak di Grik dan telah dirasmikan oleh Menteri Besar Perak pada Februari 2016.

Kemudahan-kemudahan yang terdapat di sini adalah tujuh buah dangau yang boleh yang boleh dihuni oleh pengunjung, kolam memancing, surau, tempat perkhemahan, titi gantung, dewan makan dan tandas awam.

PATRO Sungai Rui dari pekan Gerik hanya mengambil masa selama 28 minit, manakala dari pekan Baling, Kedah ia mengambil masa 10 minit hingga ke 20 minit perjalanan.

Kedudukan PATRO Sungai Rui yang berada di tengah-tengah perjalanan lebuh raya Baling, Kedah – Gerik, Perak menjadikannya lokasi yang strategik sebagai tempat persinggahan.

PATRO Sungai Rui yang mempunyai persekitaran perkampungan dangau yang unik dan kolam memancing sudah semestinya dapat menarik perhatian pengunjung dan kaki pancing untuk singgah di sini.

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk