Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

di dalam syarikat Forest Secret Sdn Bhd yang memiliki jenama kosmetik Forest Secret.

Dengan pemilikan penuh, PPPNP berjaya membangunkan semula produk kosmetiknya yang berasaskan herbal dan organik di mana ia telah berjaya menembusi pasaran Indonesia. Produk ini turut diiktiraf dan memperolehi paten dan kelulusan Badan Pengamal Obat dan Makanan (BPOM) di Indonesia.

Satu rangkaian baru diperkenalkan iaitu Forest Colour bagi memenuhi permintaan pasaran domestik. Kedua-dua jenama ini telah dilancarkan oleh DYMM Tuanku.

Antara koleksi alat-alat kosmetik ialah Lip Gloss, Lip Liner, Eye Brow, Mascara, Lipstick, Lip Gloss dan juga Foundation. Kesemua alat kosmetik ini diinspirasi dari kepelbagaian khasiat hutan dan abstrak Aloe Vera.

Selain kosmetik, Forest Colour turut menghasilkan pewangi daripada bunga-bunga dan juga buah-buahan. Produk Forest Colour boleh di dapati di Outlet Forest Secret di Hotel Casuarina@Meru.

“Dengan pemilikan penuh, PPPNP berjaya membangunkan semula produk kosmetiknya yang berasaskan herbal dan organik di mana ia telah berjaya menembusi pasaran Indonesia”Forest Color

Pada 16 Februari 2016, Forest Colour tidak melepaskan peluang menyertai Forum Kosmetik dan Perapi Diri Halal yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.

Forum yang dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Dr Zahid Hamidi itu dihadiri kira-kira 2,000 orang.

Forest Colour telah membuka booth bagi memperkenalkan produk Kosmetik Halal miliknya yang diketuai oleh Dato Ahmad Rizal (Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP) bersama Puan Intan Haryati selaku Ketua Pegawai Eksekutif Forest Colour Malaysia juga hadir memberi sokongan kepada forum tersebut.

Produk Forest Colour Malaysia yang berasaskan herba ,bunga dan tumbuhan alam semulajadi sangat mementingkan penggunaan bahan halal supaya dapat meyakinkan pengguna.

 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk