Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

PAMSB dipertanggungjawabkan untuk menguruskan aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran produk dalaman serta meningkatkan status industri kecil kepada industri sederhana.

PAMSB juga berperanan untuk mempromosi produk-produk yang berasaskan pertanian yang khususnya dijalankan di dalam Negeri Perak. PAMSB telah memperkenalkan jenama PEGRO di mana ramuan-ramuan yang digunapakai adalah dari sumber herba dan buah-buahan yang juga turut ditanam oleh PPPNP sendiri.

Sehingga hari ini, PPPNP telah memasarkan 12 produk di bawah jenama PEGRO bermula tahun 2011 yang terdiri daripada Jus Jamu Halia Kunyit dan Jamu Kunyit, Jus Mangga dan Rock Melon,  produk  Udang dan Fillet Tilapia Sejuk Beku, Teh Misai Kucing dan Gaharu, buah-buahan segar, minuman, snek dan barangan runcit.

PPPNP telah menempuhi fasa pembaharuan bagi membangunkan jenama PEGRO melalui penambahbaikan mutu dan kualiti produk serta rekabentuk pembungkusan supaya lebih berdaya saing di pasaran.

Dengan menggunakan tagline “Flavour of Nature” ia merupakan produk hasil ramuan semulajadi yang diolah mengikut citarasa masa kini.

Di antara usaha lain yang telah dijalankan oleh PPPNP dalam memasarkan produk-produk PEGRO adalah pembukaan Outlet Ruang Niaga di Silibin, pembelian Food truck PEGRO dan juga pembangunan kilang pengumpulan, pemprosesan dan jualan kerepek dan telur masin di PATRO Sungai Galah, Tanjung Tualang.

Outlet Ruang Niaga di Silibin telah dibuka bermula Disember 2014 dan berperanan sebagai pusat jualan setempat bagi semua produk jenama PEGRO. Tanpa penglibatan orang tengah, PPPNP dapat mengawal harga pasaran bagi barangan produk hasil tani dengan harga yang berpatutan.

Dengan adanya Food truck PEGRO, PAMSB berjaya mempromosikan produk PEGRO di serata Negeri Perak. Food truck PEGRO telah memperoleh sijil pengiktirafan ‘Bersih, Selamat dan Sihat’ (BeSS) daripada Kementerian Kesihatan di Aeon Klebang Mall pada 14 Mac 2017 yang lalu.

PAMSB giat menjalankan aktiviti pemasaran sejak penubuhannya bagi mencapai target pemasaran yang memuaskan.

Antara aktviti-aktiviti yang telah disertai oleh PAMSB sejak Januari 2016 sehingga Disember 2016 adalah seperti berikut:

Bil

Aktiviti

1

Karnival Pemukiman Menteri Besar di Grik

2

Mesyuarat Agung Persatuan Islam Negeri Perak di Hotel Impiana, Ipoh

3

Jualan Terbuka di Jabatan Kerja Raya, Ipoh

4

Program Lawatan Puspanita di Perak Agrotourism Resort Tanjung Tualang

5

Biro Pengaduan Awam Kaunter Aduan Bergerak Bersepadu di MYDIN Wholesale Hypermarket Meru Raya, Ipoh

6

Program Johor Wood & Lifestyle Fair 2016 di Johor Bahru

7

Program Pemukiman Menteri Besar di Felda Ijok Selama

8

Program Pemukiman Menteri Besar di Batu Kawan

9

Program 50 Tahun Kesatuan Pelajar Islam Perak di MYDIN Wholesale Hypermarket Meru Raya, Ipoh

10

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang

11

Perak Plate @ Agrobazaar Singapore

12

Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Kebangsaan Hutan Melintang

13

Perasmian Kompleks Sultan Nazrin di RTM Ipoh

14

Pangkor International Developemnt Dialogue di Hotel Casuarina @ Meru

15

My Best di RTC Gopeng

16

Food Truck di Stadium Perak, Ipoh

17

7th Muslim World Biz 2016 di Putra World Trade Centre (PWTC)

18

Halal Development Centre di RTC Gopeng

19

Food Truck Piala FAM Final di Stadium Perak, Ipoh

20

Program Karnival Sihat Ria di Bukit Jelutong, Selangor

21

Food Truck di Dewan Besar Changkat Lada

22

Program Hari Lembaga 2016 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak

23

Program Pemukiman Menteri Besar di Bukit Gantang

24

Malaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) di Universiti Putra Malaysia, Serdang

25

Food Truck Sempene Perasmian Pusat Internet 1 Malaysia di Sungai Galah

26

Program Sukan Sekolah Kebangsaan Sama Gagah, Semanggol Perak

 

Perniagaan Utama

Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Makanan & Minuman

Perak Agro Marketing Sdn Bhd (PAMSB) merupakan anak syarikat milik penuh kepada PPPNP sehingga kini.

Agrotourism

PPPNP telah mewujudkan resort yang berkonsepkan agrotourism iaitu Perak Agrotourism Resort (PATRO).

Kosmetik

Dalam usaha mempelbagaikan hasil pertaniannya, PPPNP melalui Perak Agro Farm Sdn Bhd telah mengambil alih kepentingan ekuiti

Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk