Perladangan & Nurseri

Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas.

Kemudiannya PPPNP telah mengalihkan fokus utama kepada aktiviti-aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah.

Walau bagaimanapun, akibat penurunan harga pasaran getah dunia yang ketara pada pertengahan tahun 70-an, PPPNP telah menumpukan sepenuhnya kepada perladangan kelapa sawit melalui pembukaan beberapa ladang baru di seluruh Negeri Perak.

Ladang Jalong Tinggi merupakan ladang kelapa sawit pertama yang dibuka oleh PPPNP pada tahun 1975 di Sungai Siput (U) dengan keluasan 1,416 hektar. Antara ladang-ladang terawal yang dibuka oleh PPPNP adalah:

Tahun

Ladang dan Keluasan

1983

Ladang Gelong Gajah (845.7 hektar)

1983

Ladang Sungai Selinsing (626.8 hektar)

1988

Ladang Lambor (1,102 hektar)

1988

Ladang Segar (697.98 hektar)

1989

Ladang Pulau Tiga (912.7 hektar)

Dua anak syarikat telah ditubuhkan untuk mempelopori usaha dan berperanan dalam memperkasakan tanaman kelapa sawit secara komersil iaitu syarikat Ladang Lekir Sdn Bhd dan Ladang Jalong Sdn Bhd. 

 

 

Klik pada pautan dibawah: 

Ladang Rakyat  |  Ladang Untuk Rakyat  |  Tapak Semaian

Pembangunan Usahawan

  Muat Turun Borang  Borang Pinjaman Usahawan

Kemahiran Keusahawanan

  Muat Turun Borang  Borang Kemahiran Keusahwanan