Print

SEMINAR MOTIVASI BERSAMA IKON OKU EN MOHD SUKUR BIN IBRAHIM “SUCCESS NO MATTER WHAT”

Ditulis dalam Aktiviti1

26 September 2016 – Buat pertama kali Kumpulan Perbadanan mengadakan ceramah motivasi bersama Ikon OKU Negara iaitu En Mohd Sukur Bin Ibrahim bertempat di Grand Ballroom Hotel Tower Regency.

Seminar yang dihadiri lebih 350 orang kakitangan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran  Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman dan Haji Nor Asri Bin Abdullah, Pengurus Besar Masyarakat dan Sosial.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh En Mohd Fuad Hanafi diikuti ucapan ringkas daripada Dato’ Ahmad Rizal.

Perkongsian oleh En Mohd Sukur Bin Ibrahim berjaya menarik minat semua yang berada di dalam dewan antaranya pelbagai peristiwa perit dilalui namun beliau masih berbangga dan tidak sesekali berfikiran negatif. Beliau turut sempat mencuit hati penonton dengan pelbagai gelagat lucu sehingga ke penghujung majlis.

Semoga kisah En Mohd Sukur dapat dijadikan motivasi serta inspirasi kepada semua Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.

“Apa yang kita fikir…Apa yang kita ucap…Apa yang kita rasa…Adalah satu Doa” – Mohd Sukur Ibrahim






 
 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas