Print

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK MEDIA PRIMA VS PPPNP

Ditulis dalam Aktiviti1

         

03 FEBRUARI 2017
–Satu perlawanan persahabatan bola sepak di antara Pasukan Bola Sepak Media Prima yang dikenali sebagai News United dan Pasukan Bola Sepak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) iaitu Pasukan Pegro telah berlangsung pada jam 8.30 malam di Padang Bola Taman Dr Seenivasagam, Ipoh. Perlawanan ini merupakan perlawanan julung-julung kalinya untuk kedua-dua pasukan.

Pasukan Pegro yang diketuai oleh Encik Abdul Ghani Bin Ismail selaku Pengurus Pasukan, Encik Zamberi Bin Abu Sahid selaku Penolong Pengurus pasukan dan Encik A. Chandran A/L N. Arumugan selaku jurulatih merangkap bekas pemain bola sepak Perak FA. Manakala pasukan News United pula diketuai oleh En Zainal Zaaim Bin  Zainal Ratin.

Turut hadir, Tuan Haji Harun Bin Ab Rahman, Comptroller Perladangan PPPNP, Encik Saiful Nizam Bin Ismail, Pesona TV3, Pengurus-pengurus ladang, serta warga PPPNP yang turut memberikan sokongan.

Sebelum perlawanan dimulakan, Tuan Haji Harun selaku wakil kepada Ketua Pegawai Eksekuif PPPNP memberi kata-kata semangat kepada para pemain dan berharap perlawanan sebegini akan dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ianya mampu mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pihak.

 

Perlawanan yang berlangsung selama 90 minit itu mendapat persaingan yang sengit dari kedua-dua pasukan. Pembukaan jaringan dari tuan rumah iaitu Pegro menerusi rembatan Muhammad Rozaidi sedikit mencemaskan pasukan pelawat. Namun, pada pertengahan perlawanan, News United pula bangkit dengan jaringan gol persamaan.

Perlawanan semakin rancak di separuh masa kedua dengan memperlihatkan pasukan tuan rumah, Pegro terus bangkit membenam pasukan News United dengan dua lagi jaringan dari Muhammad Rozaidi dan melalui tendangan pecuma yang disempurnakan oleh Mohd Firdaus. Perlawanan berakhir dengan kemenangan Pegro membenam News United 3-1.

 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas