Print

Bowling Piala Pusingan Ketua Pegawai Eksekutif Kali ke-4

Ditulis dalam Aktiviti1



Pelbagai aksi menarik telah dipamerkan oleh peserta  Kejohanan Bowling  Piala Pusingan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP Edisi Keempat pada kali ini . Sebanyak lebih 20 pasukan dari seluruh warga kerja Kumpulan PPPNP telah mengambil serta. Pertandingan yang bermula pada jam 11.00 pagi itu melabuhkan tirai pada jam 5.00 petang.

Kejohanan kali ini menyasikan kemenangan dua kali berturut-turut untuk Ladang Belukar Semang (3352 jatuhan) dan diikuti Ladang Tualang Tumbuh C (3056 jatuhan). Manakala tempat ketiga pula disandang oleh Unit Ketua Pegawai Eksekutif (2896 jatuhan).

Dalam ruang yang sama, perlawanan kali ini turut mempertandingkan jatuhan pin untuk kategori individu lelaki dan wanita. Untuk kategori lelaki, gelaran masih kekal dimiliki oleh En Izuwan Ismail untuk kali keempat berturut-turut dengan jatuhan pin 642. Manakala untuk kategori wanita pula diungguli oleh  Nor Natrah dari Ladang Saiong Bekor dengan jatuhan pin sebanyak 518.

Pada hujung majlis, sesi penyerahan hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Encik Abdul Ghani Bin Ismail, Pengurus Besar Korporat dan Komersial. Walaupun persaingan agak sengit, namun hubungan mesra kekeluargaan di kalangan peserta jelas terpamer di kalangan kakitangan ladang dan ibu pejabat Kumpulan PPPNP yang menyertai kejohanan pada tahun ini.


  

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas