Print

LAWATAN KERJA KE STESEN JANAKUASA SULTAN AZLAN SHAH, MANJUNG, PERAK

Ditulis dalam Aktiviti1

 

Manjung, Perak –
Seramai hampir 25 orang warga kerja Kumpulan PPPNP telah terlibat dalam program lawatan kerja ke Stesen Janakuasa Sultan Azlan Shah, Manjung pada 12 Mei 2017 yang lalu.

Pengarah Urusan TNB Jana Manjung, Yang Berbahagia Datuk Shamsul Bin Ahmad juga turut hadir sama mengalu-alukan kehadiran warga kerja Kumpulan PPPNP  ke stesen janakuasa tersebut.  PPPNP yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman serta Pengurus Besar, Encik Abdul Ghani Bin Ismail dan Tuan Haji Harun Bin Ab Rahman dan juga pegawai-pegawai dari Kumpulan PPPNP. Program yang berlangsung selama satu hari itu memberi serba sedikit pendedahan tentang struktur operasi stesen janakuasa TNB yang membekalkan tenaga elektrik kepada seluruh Semenanjung Malaysia. Ia merupakan satu wadah terbaik kepada warga kerja PPPNP untuk menimba sesuatu yang baru kerana peluang sebegini jarang diperolehi.


 

Lawatan bermula seawal jam 9.00 pagi itu diakhiri dengan perlawanan persahabatan bowling dan bola sepak di antara kedua-dua pihak sebagai tanda simbolik silaturrahim yang erat di antara dua entiti korporat. Secara keseluruhannya, kesungguhan serta komitmen yang ditunjukkan oleh warga kerja stesen janakuasa berkenaan telah menjadi aspirasi kepada seluruh warga kerja Kumpulan PPPNP untuk meningkatkan produktiviti hasil kerja yang lebih berkualiti dan mampan pada masa akan datang.


   

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas