Print

SESI DIALOG KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SESI 2017 - SUARA PEKERJA SUARA PENDAPAT

Ditulis dalam Aktiviti1

  

25 Mei 2017 – Dalam kesibukan melaksanakan tugas harian sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan PPPNP, Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Abdul Rahman berusaha untuk meluangkan masa untuk bertemu empat mata dengan hampir 1,000 kakitangan Kumpulan PPPNP yang terdiri dari peringkat Eksekutif sehingga ke Buruh pada sesi dialog tahun ke empat ini

Sedikit kelainan, pada tahun ini sesi berlangsung di Dewan Dr Zambry, Kompleks Perumahan Kakitangan Sungai Galah. Dewan yang dibina oleh pengurusan Kumpulan PPPNP pertama kali dibuka untuk digunakan khas untuk program sesi dialog ini.

Program bermula seawal jam 10.00 pagi itu dimulakan dengan pembentangan hasil oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal. Beliau turut mengalu-alukan dan berterima kasih kepada semua warga PPPNP yang sudi hadir pada sesi dialog kali ini. Menurutnya, program ini mampu mendekatkan lagi beliau dengan pekerja dengan mendengar sendiri permasalahan yang di alami oleh pekerja.


 

Antara pendapat yang disuarakan adalah berkenaan kenaikan gaji buruh,  peruntukan elaun motor untuk buruh, perubahan waktu bekerja untuk kaum ibu sempena bulan Ramadan, cuti bersalin dan harga istimewa untuk kakitangan yang berminat untuk meginap di Perak Agrotourism Resort. Program diakhiri dengan pemberian sekotak kurma kepada setiap seorang.


  

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas