Print

TEMASYA SUKAN PPPNP PAMER BAKAT KARAOKE, MEMANCING DAN PAINTBALL

Ditulis dalam Aktiviti1

Kompleks Kuarters Pekerja PPPNP, 09 Disember 2017 – Lebih 500 orang warga kerja Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Kumpulan PPPNP) telah hadir untuk memeriahkan sambutan Temasya Sukan PPPNP yang berlangsung di Kompleks Kuarters Pekerja PPPNP hari ini.

Temasya Sukan PPPNP dimulakan dengan ucapan  perasmian oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP. Di dalam ucapannya, beliau berharap supaya  temasya sebegini dapat diadakan sekurang-kurangya setahun sekali sebagai satu medium untuk merapatkan hubungan sesama kakitangan dengan penglibatan terbuka kepada seluruh warga kerja Kumpulan PPPNP.

Turut hadir sama  ialah Encik Abdul Ghani Bin Ismail, Pengurus Besar Korporat Komersial dan Tuan Haji Harun Bin Ab Rahman,Pengurus Besar Operasi Kumpulan PPPNP. Temasya sukan hari itu bertambah gamat  dengan persembahan nyanyian daripada Puan Norya iaitu peserta Kilauan Emas 5, dan Encik Rahman, peserta daripada rancangan Sinaran Pasport Kegemilangan.

Temasya sukan pada kali ini menyaksikan persaingan sengit di antara 300 orang peserta yang terlibat menerusi tiga jenis pertandingan yang diadakan seperti pertandingan karaoke bertempat di Dewan Agro Amanjaya, pertandingan memancing di Kolam Patro Resort dan pertandingan paintball  di tapak paintball  bersebelahan kolam ternakan itik.

Temasya sukan PPPNP ini ternyata dapat mengetengahkan lagi bakat yang terpendam dalam  diri setiap warga kerja Kumpulan PPPNP menerusi aktiviti yang telah dipertandingkan di samping dapat menyuburkan lagi bibit-bibit kemesraan yang tumbuh dalam kalangan rakan sejabatan.

 

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KARAOKE

KEDUDUKAN

NAMA

LADANG

TEMPAT PERTAMA (DUET)

ENCIK NOORHAIDI & CIK SHARIFAH NURFAZRINA

LADANG KENERING

TEMPAT KEDUA

PUAN NOR AZIZAH BT ASHAARI

SUK/IBU PEJABAT

TEMPAT KETIGA

PUAN NORANIDA BT SOID

LADANG TUALANG TUMBUH

 

MEMANCING

KEDUDUKAN

NAMA

LADANG

TEMPAT PERTAMA

ENCIK ROSLI

LADANG SG GEROL

TEMPAT KEDUA

ENCIK JAY JAY

LADANG SG GEROL

TEMPAT KETIGA

PUAN HAFIFAH

LADANG KENERING

TEMPAT KEEMPAT

ENCIK ABDUL HALIM

LADANG TUALANG TUMBUH

 

 

PAINTBALL

KEDUDUKAN

NAMA KUMPULAN

LADANG

TEMPAT PERTAMA

KAMIRI RANGERS

LADANG KUISAS PULAU KAMIRI

TEMPAT KEDUA

SQUAD 292

LADANG TUALANG TUMBUH

TEMPAT KETIGA

APO KOBONDO

IBU PEJABAT

TEMPAT KEEMPAT

LAKL 2

LADANG AYER KALA















Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas