Print

PEMBERIAN BAUCAR BANTUAN PERSEKOLAHAN

Ditulis dalam Aktiviti1

Ukir Senyuman Penerima Bantuan

Ipoh, 06 Disember & Parit Buntar, 07 Disember 2017 – Bantuan persekolahan kali ke-5 telah dijalankan dengan jayanya di Mydin Meru pada 06 Disember 2017 dan di Mydin Parit Buntar pada 07 Disember 2017.   Encik Abdul Ghani Bin Ismail, Pengurus Besar Korporat Komersial dan Cik Mastura Bt Abu Hassan, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan telah hadir sama bagi menyaksikan kegembiraan warga kerja PPPNP yang menerima bantuan.

Lebih manis,  jumlah agihan telah dinaikkan daripada RM250.00 seorang kepada RM300.00 seorang pada tahun ini. Pemberian bantuan persekolahan kali ini melibatkan seramai 834 orang anak warga kerja PPPNP dengan agihan keseluruhan sebanyak RM250,200.00. Seperti tahun sebelum, PPPNP sekali lagi bekerjasama dengan pihak pengurusan Mydin dalam penyediaan baucar kelengkapan persekolahan pada tahun ini.

Idea bantuan persekolahan ini dicetuskan oleh YBhg Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP dengan sokongan Lembaga Pengarah Kumpulan PPPNP  yang bermula sejak tahun 2012 .Beliau berharap pemberian bantuan sekolah ini dapat diteruskan untuk tahun-tahun seterusnya kerana bantuan ini dilihat dapat meringankan beban kakitangan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka.














Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas