Print

PPPNP CATAT KENANGAN MANIS NAIB JOHAN PERLAWANAN LAWN BALL ANTARA JABATAN NEGERI PERAK

Ditulis dalam Berita Semasa

 

Ipoh, Perak – Pada 06 Mei 2017 yang lalu, Pasukan Lawn Ball PPPNP telah mencatat kenangan manis apabila mendapat tempat kedua dalam Perlawanan Lawn Ball Antara Jabatan Negeri Perak yang berlangsung sejak 17 April 2017 . Ini merupakan satu tanda aras yang baru untuk Pasukan Lawn Ball Kumpulan PPPNP apabila buat pertama kalinya menyertai perlawanan besar seperti ini.

Pada awalnya, Pasukan Lawn Ball PPPNP tidak terlalu meletakkan harapan, namun dengan berbekalkan usaha yang gigih pemain yang dilatih di bawah kendalian Cik NurBaliya Lokman telah berjaya melangkah ke pusingan akhir.

Walaupun tumpas kepada pasukan Lawn Ball Mara namun itu bukanlah satu kekecewaan kerana pasukan PPPNP telahpun mengharumkan nama Jabatan sehingga sampai ke peringkat ini.

Perlawan akhir turut mendapat sokongan moral daripada Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman serta seluruh warga kumpulan PPPNP. Semoga kejayaan milik pasukan Lawn Ball PPPNP di masa akan datang.

  

Nama Pasukan : SADC LAWN BALL

Nama Pengurus : Mastura Binti Abu Hassan

Pemain :

Mohamad Noor Hizam Bin Mohamad Said - Ketua Pasukan

Mohd Alif Bin Mohd Azizi

Mohamad Sairul Nizam Bin Mohd Salim

Muhammad Shahmil Ariff Bin Shahrozi

Muhammad Nur Firdaus Bin Mohd Raplis

Mohamad Shahirul Bin Mohamed Jamiludin


Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas