Print

PERASMIAN DEWAN SERBAGUNA KOMPLEKS PERUMAHAN KAKITANGAN KUMPULAN PPPNP DAN SAMBUTAN INDAHNYA BERAYA DI DESA

Ditulis dalam Berita Semasa

TANJUNG TUALANG ,13 JULAI 2017 :  Satu majlis perasmian Dewan Serbaguna di Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP telah berlangsung dengan jayanya di Sungai Galah hari ini. Dalam ruang yang sama, majlis turut memperkenalkan Kompleks Perumahan Kakitangan PPPNP yang baru siap dibina pada pertengahan Mac yang lalu setelah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah pada 2014. Perasmian dewan serbaguna Kompleks milik Kumpulan PPPNP itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dr Zambry Bin Abdul Kadir.

Usai gimik perasmian, YAB Dato’ Seri Dr Zambry yang kelihatan gembira dengan pembinaan Kompleks tersebut menamakan dewan tersebut sebagai ‘Dewan Serbaguna Agro Amanjaya’.

Kompleks dibina di atas tanah seluas 57 hektar ini menyediakan 20 unit pangsapuri, sebuah banglo, dua buah rumah berkembar yang dilengkapi dengan perabot, dewan serbaguna, pusat jagaan kanak-kanak/tadika/kafa, surau, pejabat serta pos pengawal polis bantuan.

Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal berkata “seperti dewan serbaguna ini, selain untuk pekerja kita, penduduk kampung setempat juga boleh menyewa dan mengunakan ia untuk acara-acara kenduri, perkahwinan dan sebagainya dan secara tidak langsung, penduduk setempat dapat merasai kemudahan ini.

Tambah beliau, PPPNP sekarang sedang mengkaji dan mencari kawasan-kawasan lain untuk membina lagi Kompleks seperti ini.

Dalam majlis yang sama, Kumpulan PPPNP turut mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bertemakan “Indahnya Beraya DiDesa” dengan menampilkan artis hebat seperti M Nasir dan Syura. Majlis dihadiri hampir 3,000 jemputan itu turut melihat kehadiran YAB Datin Seri DiRaja Saripah Zulkifli, Barisan Ahli Exco Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan serta warga kerja Kumpulan PPPNP dan orang-orang kampung.


      


       


       

      

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas