Print

MAJLIS LAFAZ IKRAR DAN MENANDATANGANI IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) BERSAMA SPRM NEGERI PERAK

Ditulis dalam Berita Semasa

11 September 2017 - Seramai 130 orang pegawai dan kakitangan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Kumpulan PPPNP) melafaz ikrar dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dalam satu majlis yang diadakan di sini hari ini.

Lafaz ikrar dan menandatangani IBR ini diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP, Dato’ Haji Ahmad Rizal bin Abdul Rahman sambil disaksikan oleh Pengarah SPRM Negeri Perak, YBhg. Dato’ Hajah Nooraziah binti Abd. Manaf.

IBR merupakan satu inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh SPRM hasil cetusan idea oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Datuk Dzulkifli Ahmad. IBR ini memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut.

Perlaksanaan IBR ini menjadi bukti bahawa Kumpulan PPPNP telah mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah jenayah rasuah. Ia juga sebagai jaminan organisasi kepada warganya, pemegang taruh (stakeholder) dan pelanggan untuk mencegah jenayah rasuah. Ia seharusnya tidak sekadar menjadi slogan semata-mata tetapi sebagai satu komitmen setiap individu untuk membenci dan menolak sebarang kegiatan rasuah.






Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas