Print

KUNJUNGAN BEKAS PRESIDENT ECUADOR KE IBU PEJABAT KUMPULAN PPPNP

Ditulis dalam Berita Semasa

12 September 2017 – Bekas Presiden Ecuador, Jorge Jamil Mahuad Witt telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP baru-baru ini. Lawatan beliau ke Perak bersempena dengan “Pangkor Dialogue International Forum On Sustainable And Inclusive Development” dimana beliau telah dijemput untuk menjadi salah seorang ‘speaker’. Sempena keberadaan beliau di sini, beliau turut mengadakan lawatan di Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP. Lawatan dimulakan dengan sesi pertemuan dengan Kakitangan Ibu Pejabat dan diteruskan dengan sesi tontonan video-video korporat Kumpulan PPPNP serta uji rasa Produk Pegro.

Beliau yang hadir bersama anak beliau diiringi oleh Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Rizal Bin Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PPPNP dan Encik Abdul Ghani Pengurus Besar Koprat dan Komersial. Di dalam ruangan tersebut, Jeorge Jamil telah memuji warga Kumpulan PPPNP kerana telah berjaya mempelbagaikan tanaman sehingga berjaya menghasilkan produk sendiri.

Kunjungan Jorge Jamil merupakan satu kejutan buat kakitangan Ibu Pejabat Kumpulan PPPNP kerana ianya merupakan satu penghargaan kepada warga Perbadanan kerana diterima baik oleh pihak luar. 






Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas