Print

PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) DAN KELANGSUNGAN SIMPULAN KERJASAMA DI ANTARA PERBADANAN PEMBANGUNAN PERTANIAN NEGERI PERAK (PPPNP) DAN INSTITUT AGRO USAHAWAN (IGROW)

Ditulis dalam Berita Semasa

Ipoh, 15 November 2017 – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) dengan rasminya memeterai Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pihak Institut Agro Usahawan (iGrow) yang dimiliki oleh Green Hand Rich Sdn. Bhd sambil disaksikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Bin Abd. Kadir bertempat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Hasil daripada permeteraian persefahaman ini, iGrow akan beroperasi diatas sebidang tanah milik PPPNP di Mukim Tanjung Tualang Daerah Kinta Negeri Perak Darul Ridzuan yang berkeluasan 70.25 hektar (173.58 ekar) untuk tempoh 30 tahun.

Bidang kerjasama yang dimaksudkan adalah meliputi kepada hal-ehwal bidang pertanian, industri asas tani, latihan asas kemahiran sumber manusia dan perladangan. Usahasama ini dilakukan secara persetujuan bersama supaya ianya dapat memberi faedah dan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak.

Sebagai langkah pertama, Kerajaan Negeri Perak bersetuju menyediakan dana RM1,000,000.00 (Ringgit Malaysia: Satu Juta sahaja) melalui PPPNP untuk menunjukkan komitmen didalam menyediakan latihan kepada belia-belia Negeri Perak.

Kerjasama ini juga lebih memfokuskan bidang latihan kemahiran sumber manusia yang boleh mempertingkatkan ilmu, kemahiran dan kecekapan samada pelatih-pelatih IGROW ataupun dari pihak PPPNP. Selain itu, kerjasama ini juga diharapkan dapat menjayakan program pembangunan Usahawan dalam bidang pertanian,industri asas tani dan perladangan yang dilihat boleh memberikan faedah dan keuntungan kepada kedua-dua pihak. Dalam ruang yang sama, kedua-dua pihak turut berharap dapat bekerjasama dalam menyokong aktiviti pelancongan khususnya pelancongan pertanian.

Kerjasama ini jelas menunjukkan komitmen kerajaan Negeri Perak didalam meningkatkan keupayaan belia-belianya sebagai persediaan latihan tenaga separa mahir untuk menyokong aspirasi kerajaan Negeri Perak iaitu ingin menjadi sebagai sebuah negeri pengeluar makanan negara dan hasrat ini turut didokong oleh PPPNP selaku salah satu agensi utama kerajaan Negeri Perak.











Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas