Print

Ladang Rock Melon

Ditulis dalam Projek


PENGENALAN

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) telah memulakan satu projek hortikultur baru yang berbeza daripada pertanian konvensional dengan menggunakan kawasan di tanah bekas lombong bijih timah. Projek ini bukan sahaja mengetengahkan teknologi baru serta dapat memenuhi permintaan pasaran tetapi pada masa yang sama akan mengubah landskap pertanian serta pengeluaran produk ladang yang sinonim dalam bentuk, saiz dan rasa.

Projek ini terletak di Mukim Teja. Daerah Kinta di kawasan seluas 70 ekar di tanah milik PPPNP dan teknologi yang digunakan adalah berdasarkan kepada pertanian rumah hijau konvensional seperti yang diamalkan di negara maju tetapi disesuaikan untuk iklim tropika. Penanaman akan dibuat berdasarkan penanaman tanpa tanah (soiless) dengan penggunaan habuk kelapa (cocopeat) dan bukannya tanah semula jadi. Pembajaan pula akan dilakukan melalui sistem fertigasi iaitu satu cara yang berbeza berbanding perladangan terbuka (rain-fed farming). Rentetan selepas kerja-kerja penuaian ialah pengurusan jangka hayat (shelf life management),penggredan, pembungkusan dan pelabelan buah rock melon.

Pengendalian ranaman rock melon adalah berisiko tinggi terutamanya apabila diusahakan dikawasan konvensional.Walau bagaimanapun, risiko tersebut boleh diatasi melalui model pertanian moden seperti Control Environmental Farming (CEF) di mana ianya telah terbukti berjaya di Malaysia terutamanya di Cameron Highlands. Namun demikian, model ini masih baru di kawasan tanah rendah dan ketika ini hanya boleh diguna-pakai untuk tanaman yang tertentu sahaja. Pertanian CEF tidak berbahaya kepada alam sekitar tetapi membolehkan tanah tanah gersang danterbiar (marginal lands) dapat digunakan semula Konsep CEF ini juga boleh diguna-pakai untuk pertanian di kawasan bandar. Penggunaan teknologi terkini dalam kaedah pertanian baru dapat menarik minat para belia, graduan muda dan golongan profesional untuk menceburi bidang pertanian.

Dengan harga komoditi yang lebih baik, ladang-ladang tidak lagi perlu menggunakan tenaga buruh asing yang ramai seperti yang berlaku di dalam sektor pertanian hari ini. Kaedah-kaedah pertanian yang dijalankan yang mematuhi Amalan Pertanian Baik arau Good Agricultural Practices (GAP) akan membolehkan pasaran rock melon dari Mukim Teja ini menembusi pasaran serantau sekaligus tidak terbatas kepada pasaran di Malaysia sahaja.


KAEDAH PENANAMAN ROCK MELON

Penanaman rock melon dijalankan menggunakan teknologi tanpa tanah (soiless) di dalam rumah hijau. Penyemaian benih akan dijalankan di tapak semaian samaada di dalam CEF atau kawasan yang berasingan. Polibeg akan diisi dengan habuk kelapa (cocopeat) dan setiap polibeg akan dilengkapi dengan tiub dan pen serra dikawal oleh injap Pressure Controlled Valve (PCV) melalui saluran driplines yang dipasang didalam rumah hijau. Driplines disambungkan kepada polypipes, yang kemudiannya disalurkan ke bilik fertigasi. Mesin pengadun separa autornatik akan menarik nutrien yang diperlukan melalui Kesan Venturi (Venturi Effect) apabila pengaliran electro conductivity (EC) ditentukan.

Anak benih kemudiannya akan dipindahkan ke kawasan polibeg dan proses selanjutnya adalah pemangkasan pucuk sampingan. pendebungaan. pemilihan dan penyelenggaraan akan dijalankan sehingga tanaman menjadi matang dan penuaian akan dilakukan. Satu kitaran tanaman rock melon meliputi tempoh antara 75 hingga 80 hari.

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas