Print

Ladang Kelapa Sawit & Getah

Ditulis dalam Maklumat Tetap



Pada awal penubuhannya, Kumpulan PPPNP telah memulakan aktiviti pertaniannya melalui tanaman kontan seperti ubi kayu, koko, dan nenas. Kumpulan PPPNP kemudiannya, telah mengalihkan fokus utama kepada aktiviti-aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah. Walau bagaimanapun, akibat penurunan harga pasaran getah dunia yang ketara pada pertengahan tahun 70-an, Kumpulan PPPNP telah menumpukan sepenuhnya kepada perladangan kelapa sawit melalui pembukaan beberapa ladang baharu di seluruh Negeri Perak.

Ladang Jalong Tinggi merupakan ladang kelapa sawit pertama yang dibuka oleh Kumpulan PPPNP pada tahun 1975 di Sungai Siput (U) dengan keluasan 1,416 hektar.

Seiring dengan matlamat penubuhannya, dua anak syarikat utama Kumpulan PPPNP, iaitu Ladang Lekir Sdn Bhd dan Ladang Jalong Sdn Bhd mempelopori usaha dan berperanan besar dalam memperkasakan tanaman kelapa sawit. Beberapa buah ladang baharu telah dibuka untuk memperluaskan tanaman kelapa sawit secara komersil antaranya, Ladang Sungai Selinsing di Tapah dan Ladang Gelong Gajah di Beruas dengan keluasan masing-masing 614 hektar dan 778.2hektar.

 



Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas