Print

PATRO (PERAK AGROTOURISM) & PLISA

Ditulis dalam Maklumat Tetap


Satu lagi usaha Kumpulan PPPNP dalam membantu rakyat ialah melalui Projek Ladang Integrasi Sosial dan Agrotourism (PLISA). Projek ini telah dilancarkan pada 5 Mac 2013 dan diusahakan di atas kawasan seluas 268 hektar di Sungai Galah, Tanjung Tualang. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup penduduk setempat dan memberi peluang pekerjaan kepada golongan belia dan ibu tunggal yang mampu menjana pendapatan sendiri, sekali gus mengurangkan kadar kemiskinan di Negeri Perak.

Konsep PATRO mengamalkan pengurusan kejat dengan mengguna pakai kaedah penanaman berpusat yang menggabungkan aktiviti-aktiviti pertanian, penternakan, akuakultur dan agrotourism dalam satu kawasan yang sama. 





Ini termasuklah menyediakan kemudahan prasarana dan juga pemberian modal agar mereka mampu menghasilkan produk-produk pertanian yang berkualiti tinggi. Kumpulan PPPNP juga membantu dari aspek promosi dan pengkomersialan produk-produk pertanian yang dihasilkan.

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas