Print

Ladang Rakyat

Ditulis dalam Projek

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) ditubuhkan pada tahun 1973 berperanan sebagai tulang belakang kepada Kerajaan Negeri Perak di dalam pembangunan sosial dan ekonomi khususnya di sektor pertanian.

Didalam merealisasikan hasrat dan usaha Kerajaan Negeri ke arah mengatasi kemiskinan rakyat, PPPNP menerusi tanggungjawab sosialnya telah rnenjalankan projek  Ladang Rakyat.

Konsep Ladang  Rakyat yang dilaksanakan oleh PPPNP adalah seperti berikut:

  •  Perbadanan akan memajukan tanah melalui dana dalaman atau pinjaman bank.
  •  Setelah mencapai pulangan modal, sebahagian keuntungan akan diagihkan kepada kumpulan sasar.
  •  Kumpulan sasar dipillh oleh Jawatankuasa Tanah Daerah
  •  Satu program membantu golongon masyarakat termiskln (PPRT)
Ladang Rakyat Pertama

Ladang rakyat yang pertama dilaksanakan adalah di Ladang Ayer Kuning, Kampung Gajah yang ditanam dengan kelapa sawit. Agihan keuntungan sulung Ladang Rakyat Ayer Kuning berjumlah RM38,400.00 diberikan kepada seramai 128 orang terpilih oleh Jawatankuasa Tanah Daerah pada tahun 1991.




















Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas