Print

Ladang Untuk Rakyat

Ditulis dalam Projek


Projek Sosial Kumpulan PPPNP


PPPNP rneneruskan obligasinya kepada rakyat negeri Perak rnelalui projek Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning seluas 1113.86 hektar dan Ladang untuk Rakyat Hilir Perak seluas 889.68 hektar, PPPNP memajukan tanah-tanah tersebut dengan tanaman kelapa sawit melalui dana dalaman dan pinjaman bank. Terkini PPPNP telah memulakan pembangunan Ladang Untuk Rakyat Jaya Setia yang terletak di Mukim Sungai Siput dengan keluasan lebih kurang 843 ekar 041 .2 hektar yang akan ditanam dengan tanaman getah.

Pelaksanaan Ladang Untuk Rakyat adalah bertujuan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan rakyat Negeri Perak serta individu-individu yang berjasa kepada Negeri Perak dengan memberi peluang kepada permohon-permohon yang berjaya mendapat hasil keuntungan kelapa sawit dan getah tanpa perlu mengusahakannya kerana segala urusan perladangan adalah dikendalikan oleh anak syarikat milik 100% PPPNP sepanjang tempoh pajakan 60 tahun, Projek Ladang Untuk Rakyat yang sedia ada yang bertanam dengan kelapa sawit adalah berkonsepkan pembelian lot-lot bersaiz satu hektar pada kadar RM 12.500/ lot.

Harga jualan ini meliputi
  • Tanah (bayaran premium, kerja sukat, Laporan Kesan Alam Sekitar
  • Penyediaan kawasan dan prasarana ladang.
  • Bahan tanaman
  • Input dan kos penyelenggaraan pengurusan selarna 36 bulan selepas ditanam.
Setiap tahun, peserta yang telah selesai rnembuat pembayaran pembelian akan diberi dividen dari keuntungan ladang setelah ditolak kos penyelenggaraan ladang. Sehingga kini, dividen yang berjaya diberi oleh PPPNP kepada peserta (yang telah rnembuat pembayaran) adalah di antara RM2.000.00 - RM6.000.00 seorang.

Manakala konsep baru bagi Projek Ladang Untuk Rakyat Jaya Setia yang akan datang adalah pembelian saham pada kadar RM40.000.00/lot bersamaan 5 ekar tanaman, Harga jualan ini adalah untuk menampung kos tanah dan kos pernbangunan. Melalui konsep pembelian saham ini akan dapat rnernberi jaminan agar semua peserta akan rnemperoleh dividen yang
saksama.

Caj-caj lain yang akan dikenakan adalah seperti berikut
  • Fee Guaman
  • Caj Pentadbiran
  • Caj Pengurusan Ladang

Bagi menjamin bekalan benih yang bermutu PPPNP telah mengusahakan Tapak Semaian Kelapa Sawit dan Tapak Semaian Cetah di Sungai Galah. PPPNP kini sedang dalam perancangan untuk menambah beberapa buah lagi projek Ladang Untuk Rakyat, agar lebih ramai rakyat negeri Perak dapat menikmati faedah dari keuntungan projek ini.


LADANG UNTUK RAKYAT AYER KUNING  
NAMA PENGURUS : EN. GHAZALI NOOR BIN JA'AFAR
TEL : 019-5000634
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NO. TELEFON PEJABAT : 019-5000893
EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

LADANG UNTUK RAKYAT HILIR PERAK
 
NAMA PENGURUS : EN. MOHD NORIDZUWAN BIN MOHD KABRI
TEL : 019-5000673
EMAIL:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
NO. TELEFON PEJABAT :  013-7797794
EMAIL: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 

LADANG UNTUK RAKYAT ULU PIAH                                                                                                                                                                     

NAMA PENGURUS :  HJ KAMARUDDIN BIN WAHAPNO.
TEL : 019-5245377
EMAIL :  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.



Galeri Foto
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning
Ladang Untuk Ra...
Ladang Untuk Rakyat Air Kuning Ladang Untuk Rakyat Air Kuning

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas