Print

LADANG USAHAWAN TANI

Ditulis dalam Ladang Gugusan Koperasi

LADANG USAHAWAN TANI

PPPNP membangunkan tanah dengan tanaman kelapa sawit. Kos pembangunan dan penyelenggaraan selama 3 tahun didahulukan oleh PPPNP. Setelah siap ditanam, tanah dipajak kepada peserta. Walaupun dipajak, keseluruhan ladang masih diuruskan oleh PPPNP sepanjang tempoh projek berjalan (60 tahun). Ini bertujuan supaya ladang dapat diuruskan secara professional dan komersial walaupun peserta tinggal jauh dari ladang atau faktor usia. Ini sekaligus dapat mengelakkan dari gejala tanah terbiar.

Objektif

a.    Memberi peluang kepada peserta untuk memiliki hartanah (tanaman kelapa sawit) pada harga yang berpatutan.
b.    Memberi pendapatan tambahan yang stabil dan berterusan kepada peserta.

Peserta

Peserta terdiri daripada Pegawai Kanan kerajaan yang telah bersara dan pemilihan peserta adalah tertakluk kepada keputusan dan kelulusan Y.A.B Pengerusi Perbadanan.

Lokasi
Mukim Tanjung Tualang, Daerah Kg. Gajah

Keluasan
385.90 HEKTAR /953.56 EKAR

MAKLUMAT LADANG

NAMA PENGURUS : EN. SHARON IRAWADDY BIN IBERAHIM

NO. TELEFON     : 019-9139813

EMAIL : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


 
   

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas