Print

PATRO SUNGAI RUI

Ditulis dalam Projek









Alamat              : No. 79, Peti Surat Berkunci, 33300 Gerik, Perak
No. Tel              : +6013 993 8130
Email                : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


PERAK AGROTOURISM (PATRO) SUNGAI RUI
merupakan pusat pelancongan agrotourism berkonsepkan alam semulajadi, “Outdoor” dan daya tarikan baharu yang ditawarkan oleh Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).

Terletak 25km dari pekan Gerik menghala ke sempadan Gerik–Baling dan dikelilingi dengan tumbuhan yang menghijau, ia merupakan destinasi terbaik kepada para pengunjung yang mengimpikan suasana damai dan menenangkan. Terusan sungai yang mengalir disekeliling kawasan PATRO Sungai Rui juga sesuai untuk aktiviti mandi sungai dan riadah seperti berkayak.

Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan antaranya penginapan kontena, dangau dan perkhemahan. Bagi pengunjung yang menginginkan suasana penginapan “outdoor” dan “back-to-nature”, penginapan dangau adalah pilihan yang tepat bagi merasai sendiri suasana alam semula jadi di sini. Pakej yang ditawarkan bermula dari harga RM70.

Bagi pengunjung yang menginginkan suasana penginapan yang kondusif, PATRO Sungai Rui menawarkan penginapan kontena yang dilengkapi dengan kelengkapan perabot, penghawa dingin dan sebagainya dengan harga bermula dari RM100 sahaja.

  

Selain daripada itu, kemudahan infra lain yang turut disediakan di sini adalah dewan makan, kelengkapan dapur masakan dan surau untuk kemudahan umum.

Pakej makan dengan menu istimewa masakan ala kampong serendah RM25 seorang ditawarkan kepada pengunjung PATRO Sungai Rui. Antara hidangan yang membangkitkan selera ialah Sup Ikan Tengas, Gulai Dagimg Umbut Pisang, Sup Umbut Bayas, ulam-ulaman dan sebagainya.

Bagi penggemar aktiviti pancing pula, pakej memancing dengan kadar harga serendah RM15 untuk tempoh satu jam dan RM30 untuk tempoh tiga jam juga turut disediakan di sini. Antara jenis-jenis ikan yang boleh didapati di kolam pancing PATRO Sungai Rui adalah Pacu, Rohu, Patin dan sebagainya.


Kesimpulanya, PATRO Sungai Rui menawarkan pelbagai pakej menarik untuk dilawati dan merupakan destinasi pilihan pengunjung yang mengimpikan suasana tenang serta jauh dari hiruk-pikuk kebisingan kota. Kepelbagaian aktiviti, kemudahan dan lokasi yang strategik ini juga sesuai untuk menjadikan PATRO Sungai Rui sebagai tempat pilihan untuk aktiviti “teambuilding”, hari keluarga dan sebagainya.

Pembukaan PATRO Sungai Rui juga disasar dapat merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi khususnya dalam sektor pelancongan di negeri Perak dan memenuhi tanggungjawab sosial menerusi penawaran & pembukaan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.




Galeri Foto

PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI
PATRO SUNGAI RU...
PATRO SUNGAI RUI PATRO SUNGAI RUI

\n This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas