Print

Kata Kata Aluan Ketua Pegawai Eksekutif

Ditulis dalam Maklumat Tetap

Assalamualaikum W.B.T,

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah serta syabas dalam penambahbaikan Portal Rasmi Kumpulan PPPNP. Saya berasa amat gembira dan berbangga kerana Kumpulan PPPNP telah memberi komitmen yang amat baik dalam mamajukan portal ini serta sedaya upaya mengaplikasikan kemajuan teknologi maklumat yang semakin berkembang pesat pada hari ini.

Dengan adanya kemudahan teknologi yang telah diaplikasikan diruang portal ini, Saya percaya segala maklumat dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kumpulan PPPNP akan dapat kita berkongsi bersama dengan pihak-pihak luar dan masyarakat. Pada masa yang sama, saya percaya sejak portal ini dilancarkan, segala maklumat, berita semasa, hal-ehwal dan aktiviti yang berkaitan dengan Kumpulan PPPNP akan sentiasa dikemaskini dan dimanfaatkan sejajar dengan pengwujudan portal tersebut.

Saya juga berharap, portal ini akan terus berkembang dengan jayanya dalam meningkatkan komunikasi diantara masyarakat yang bukan hanya dalam menyalurkan berita serta maklumat terkini malah memberi maklum balas disetiap pertanyaan dan komen yang diajukan kepada portal ini dengan penuh hemah.

Tindakan ini bukan sahaja dapat menjalinkan hubungan baik Kumpulan PPPNP dengan pihak luar serta masyarakat malah dapat menaikkan imej serta reputasi Kumpulan PPPNP. Akhir kata, saya berharap agar portal ini dapat membantu mengembangkan lagi sayap Kumpulan PPPNP dimata dunia dan dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Warga Kumpulan PPPNP yang sama-sama membangun memajukan Kumpulan PPPNP menjadi satu Perbadanan yang Berjaya maju serta berdaya saing.

Sekian terima kasih.

DATO' AHMAD RIZAL BIN ABDUL RAHMAN, DPMP, PCM
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak

 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas