Print

Pengenalan

Ditulis dalam Maklumat Tetap




Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari  1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-
  • Melahirkan perusahaan dan pembangunan pertanian dengan cara membuka ladang secara besar-besaran.
  • Bergerak sebagai badan perniagaan,perusahaan dan pembangunan pertanian hendaklah dijalankan untuk menjamin negeri dapat bekalan bahan-bahan makanan yang mencukupi.
Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak  sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu:
  1. Setiausaha Kerajaan Negeri Perak
  2. Pegawai Kewangan Negeri Perak
  3. Penasihat Undang-Undang Negeri Perak
Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.

Operasi utama Perbadanan adalah dengan membuka tanah-tanah yang diluluskan oleh Kerajaan Negeri untuk dimajukan dengan projek-projek pertanian. Ladang pertama yang dibuka adalah Ladang Jalong Tinggi di Sg. Siput (U) seluas 3500 ekar dengan tanaman kelapa sawit pada tahun 1975.

Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978. Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.

Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, PPPNP kini telah memiliki 25 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Palembang, Indonesia. Disamping itu juga PPPNP mempunyai 2 buah kilang memproses sawit yang terletak di Kg. Gajah, Perak dan juga di Palembang,Indonesia.

Tahun 2011 perbadanan telah mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi mempelbagaikan bidang perniagaan baru iaitu:
  1. Projek Tanaman Rock Melon
  2. Produk Minuman & Makanan
  3. Projek Tanaman Gaharu
  4. Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar ( Usahasama dengan syarikat Trapia Malaysia)
  5. Projek Ternakan Udang Dalam Sangkar (Usahasama dengan syarikat SBH Marine Industries)
PPPNP telah pun distruktur semula dengan melaksanakan pengkopratan dalam usaha untuk menjadikan PPPNP sebuah GLC yang terbaik di negeri Perak khususnya dan di Malaysia amnya. Proses pengkopratan ini telah melibatkan beberapa peringkat dengan menggabungkan beberapa anak syarikat dan diletakkan dibawah satu pengurusan iaitu Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.

a) Anak-anak syarikat aktif yang terlibat ialah:
  1. Perak Agro Corporation Sdn. Bhd.
  2. Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.
  3. Ladang Jalong Sdn. Bhd.
  4. Ladang Lekir Sdn. Bhd.
b)  Anak-anak syarikat yang tidak aktif  di struktur semula dengan melabur dalam bidang yang baru iaitu:
  1. Perak Agro Mills Sdn. Bhd.
  2. Perak Melon Corporation Sdn. Bhd.
  3. Perak Agro Herbal Sdn. Bhd.
  4. Perak Agro Forestry Sdn. Bhd.
c)  Anak-anak syarikat yang ditubuhkan selepas penstrukturan semula/ pengambilalihan iaitu:
  1. Perak Agro Oil Palm Sdn. Bhd.
  2. Perak Agro Farm Sdn. Bhd.
  3. Perak Agro Aquaculture Sdn. Bhd.
  4. Perak Agro Properties Sdn. Bhd.
  5. Perak Agro Plantation Management Sdn. Bhd.
  6. Forest'Secret Sdn. Bhd.
  7. Perak Agro Marketing Sdn. Bhd.
  8. Perak Agro Tourism Sdn. Bhd. 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas