Print

Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd

Ditulis dalam Anak Syarikat




Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd (PAA)


Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd telah didaftarkan dan ditubuhkan pada 17 Mac 2011 dibawah akta syarikat 1965. Syarikat ini merupakan sebuah syarikat baru yang ditubuhkan bagi menguruskan serta menjalankan aktiviti-aktiviti penternakan dan perniagaan hasil-hasil marin dan air tawar serta organism akuatik bagi tujuan makanan, akuarium atau saintifik untuk usaha komersial.  

 

Terdapat dua anak syarikat dibawah Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd iaitu Dalefin Holdings Sdn Bhd dan SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd.

 

Projek semasa dibawah PAA melalui Dalefin Holdings Sdn Bhd:

 

1) PROJEK EPP #4: “SYNERGY FARMING PROGRAMME IN AIZ TASIK TEMENGOR, GERIK”

 

  • Projek ini merupakan satu usahasama yang dilakukan antara kerajaan pusat bersama Trapia Malaysia Sdn Bhd bagi meningkatkan aktiviti ternakan ikan air tawar (tilapia).
  • Menerusi projek di atas, PAA bersifat optimis untuk menjadi pembekal dan bertanggungjawab dalam memasang sangkar bagi aktiviti terbabit.
  • Terdapat 2 modul sangkar yang sedang giat dipasang. (1 modul=20 sangkar) keseluruhan 40 sangkar. Setiap sangkar berdiameter 20M dan pemasangan sangkar mengikut kordinat serta teknik yang membolehkan sangkar bergerak ke atas atau ke bawah mengikut aras ketinggian air.
  • Komponen barang yang digunakan ditempah khas/beli daripada Negara Taiwan, Chile/Canada dan Norway.
  • Keluasan : 100 ha
  • Projek ini bakal membuka peluang pekerjaan kepada 30 usahawan yang berkelayakan bagi menyelenggara sangkar yang disediakan mengikut spesifikasi/standard procedure yang akan ditetapkan kelak.
 

2) PROJEK PERIKANAN LAUT “SET NET” DI PERAIRAN PULAU PANGKOR

  • PAA telah memetrai perjanjian bersama syarikat Ropers Enterprises Co Ltd daripada Taiwan dalam usaha memperkembangkan aktiviti perikanan di perairan laut disekitar pulau pangkor.
  • Kaedah penangkapan ikan menggunakan set net pada asalnya telah mula dikomersialkan di negara Jepun dan kemudian di perairan Taiwan.
  • Konsep penangkapan ikan: seperti bubu, tetapi menggunakan jaring. Hanya ikan besar yang akan terpeangkap didalam kawasan net dan akan diraih oleh pekerja setiap hari.
  • Tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah bagi memastikan sumber ikan akan sentiasa berterusan sepanjang tahun kepada pasaran tempatan khususnya.
  • Projek ini bakal membuka peluang pekerjaan yang mana harus mengikuti kursus intensif bersama pihak dari Taiwan berkaitan penyelenggaraan set net, kaedah meraih ikan yang betul, kaedah pemantauan dan sebagainya.


Projek semasa dibawah PAA melalui SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd: 


1) PROJEK TERNAKAN UDANG DI KUALA KURAU, TAIPING, PERAK

  • Projek ini merupakan hasil ushasama bersama syarikat SBH Aquaculture Farm Sdn Bhd pada 29 September 2011.
  • Projek ternakan udang ini merupakan projek pertama bagi SBH Perak Agro Aquaculture Sdn. Bhd. yang memulakan aktiviti ternakan pada November 2012.
  • Berlangusngnya projek ternakan udang ini dapat menambah hasil pengeluaran udang dan memajukan sektor akuakultur Negeri Perak.
  • Produk yang dihasilkan adalah udang Vannamei dan udang Black Tiger.
  • Penglibatan dalam bidang ini secara komersial dapat membuka peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan seterusnya menjana dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri Perak.
Misi Dan Objektif

Misi
  • Untuk memajukan sektor akuakultur Negeri Perak.
  • Untuk membangunkan sebuah ladang ternakan yang bertaraf antarabangsa dan menghasilkan udang yang bermutu tinggi dan selamat dimakan.
Objektif
  • Mencapai hasil pengeluaran yang disasarkan.
  • Membuka peluang pembelajaran dan teknik-teknik berkenaan akuakultur kepada penduduk setempat dan belia yang berwawasan. 



Galeri Foto
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd
Perak Agro Aqua...
Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd



Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas