Print

Perak Agro Oil Palm Sdn Bhd.

Ditulis dalam Anak Syarikat


                                            Perak Agro Oil Palm Sdn. Bhd.



Syarikat Perak Agro Oil Palm Sdn. Bhd. merupakan sebuah anak syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak. Syarikat ini telah ditubuhkan pada tarikh 17 haribulan Mac 2011. 

Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan bagi menjalankan perniagaan kelapa sawit dari segi pengeluaran, pemprosesan, mengimport dan mengedar hasil kelapa sawit yang diperolehi dari ladang-ladang kelapa sawit di bawah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak secara amnya untuk menjalankan segala urusan dan aktiviti hiliran yang berkaitan industri kelapa sawit. Selain itu, penubuhan syarikat ini juga bertujuan menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan ke peringkat seterusnya dalam kemajuan minyak sawit, kultur tisu, bioteknologi, agronomi, perlindungan tanaman dan tanaman lain yang berpotensi.

Terdapat tiga anak syarikat dibawah Perak Agro Oil Palm Sdn Bhd iaitu Ladang Jalong Sdn Bhd, Ladang Lekir Sdn Bhd & Perak Agro Mills Sdn Bhd.

          




 

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas