Print

Soalan Lazim (FAQ)

Ditulis dalam Maklumat Tetap

Apa Itu Ladang Rakyat

Didalam merealisasikan hasrat dan usaha Kerajaan Negeri ke arah mengatasi kemiskinan rakyat, PPPNP menerusi tanggungjawab sosialnya telah rnenjalankan projek  Ladang Rakyat.

Konsep Ladang  Rakyat yang dilaksanakan oleh PPPNP adalah seperti berikut:

  • Perbadanan akan memajukan tanah melalui dana dalaman atau pinjaman bank.
  • Setelah mencapai pulangan modal, sebahagian keuntungan akan diagihkan kepada kumpulan sasar.
  • Kumpulan sasar dipillh oleh Jawatankuasa Tanah Daerah
  • Satu program membantu golongon masyarakat termiskln (PPRT)

Penerima Agihan Ladang Rakyat

Peserta Awam

Pemilihan peserta dilakukan oleh Jawatankuasa Tanah Daerah di mana sesuatu Ladang itu terletak. Kebiasaannya peserta terdiri dari golongan PPRT, ibu tunggal dan sebagainya. Ianya tidak diwarisi, di mana jika penerima meninggal, ianya akan digantikan dengan penerima lain.
 

Peserta Pekerja Ladang PPPNP

Pekerja ladang bergaji hari Kumpulan PPPNP juga menerima agihan setiap tahun.  Pemberian ini dibuat berdasarkan:-

i)              Pekerja kategori ini tidak menerima bonus seperti yang dinikmati oleh pekerja tetap PPPNP.

ii)             Sebagai galakan dan supaya mereka terus berkhidmat dengan Kumpulan PPPNP (dengan syarat telah berkhidmat tidak kurang dari 1 tahun).
 

Pemilihan Peserta

Seperti sebelum ini, Jawatankuasa Tanah Daerah yang berkenaan diberi mandat untuk mengemukakan

senarai penerima kategori awam.

 

LADANG

 

JAWATANKUASA TANAH DAERAH

 

Ladang Rakyat Ayer Kuning

Pejabat Daerah dan Tanah,

Kg. Gajah

 

 

Ladang Rakyat Bukit Tunggal

 

Pejabat Daerah dan Tanah,

Kg. Gajah

 

Ladang Rakyat Lambor

 

 

Pejabat Daerah dan Tanah,

Daerah Perak Tengah

 

 

Ladang Rakyat Segar

 

Pejabat Daerah dan Tanah,

Daerah Kecil Selama

 



Apa Itu Ladang untuk Rakyat

Kerajaan Negeri Perak dalam usaha meningkatkan sosio ekonomi rakyat telah mengumumkan pelaksanaan projek pertanian yang dipanggil ladang untuk rakyat yang memberi peluang kepada kakitangan kerajaan, pesara mahupun orang awam khususnya bumiputra untuk memiliki asset (tanah pertanian) yang akan diuruskan secara perladangan komersial oleh agensi kerajaan (Perbadanan Pembangunan pertanian Negeri Perak) bagi mengwujudkan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan kepada golongan ini.

Apakah Faedah Menyertai Skim Ladang Untuk Rakyat

  1. Memberi peluang kepada pemilik khususnya bumiputera untuk memiliki tanah yang diusahakan dan diuruskan secara perladangan komersial.
  2. Mempastikan tanah yang dimiliki dapat terus diuruskan secara professional walaupun pemilik berada jauh dari tanah yang dimiliki
  3. Membolehkan pemilik mempunyai hartanah yang bernilai tinggi yang boleh dijadikan cagaran bagi tujuan pinjaman di masa hadapan.
  4. Memberikan jaminan pendapatan yang stabil kepada pemilik

Golongan Yang Dipilih Menyertai Ladang Untuk Rakyat

Lembaga Pengarah Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak akan melantik satu Jawatankuasa yang akan membuat pemilihan terhadap bakal pembeli.

Bakal Pembeli dipilih dari kalangan berikut:

  1. Pesara-pesara kerajaan
  2. Pegawai/ kakitangan kerajaan yang hamper mencapai umur bersara
  3. Pegawai/ Kakitangan Kerajaan yang masih dalam perkhidmatan
  4. Orang awam dari kalangan anak-anak Perak atau orang yang telah menyumbangkan jasa bakti kepada Negeri Perak

Cara Agihan

  1. Setiap peserta akan menerima agihan keuntungan setelah ditolak kos penyelenggaraan, caj pengurusan dan bayaran balik pinjaman
  2. Sekiranya harga jatuh di bawah kos operasi, perbezaan ini akan ditambung dari pendapatan 20% kawasan yang tidak dijual dan dipehgang oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak.
  3. Agihan pertama dibuat apabila projek mencapai tahap ‘self financing’
  4. Kekerapan agihan akan ditentukan kemudian tetapi tidak kurang dari dua (2) kali setahun.

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas