Print

TAWARAN PAMS. LL. 44 /2017

Ditulis dalam Tender



PERAK AGRO MANAGEMENT SERVICES SDN. BHD. (53109-K)

(Anak Syarikat Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak)

 

KENYATAAN TENDER

 

Tawaran adalah dipelawa dari pembekal-pembekal berdaftar dengan Perak AGRO Management Services Sdn. Bhd. (PAMS) keutamaan kepada yang mempunyai tajuk  9 (i)   dalam pendaftaran pembekal dan berpengalaman untuk menyertai tawaran berikut :-

 

 

TAWARAN PAMS. LL. 44 /2017

MENEBANG, MENCINCANG, MENGOREK AKAR, MENUTUP LUBANG, MERACUN BLANKET,  MEMBINA PARIT DAN MERATAKAN TANAH LEBIHAN, MENANAM KELAPA SAWIT SERTA MENYELENGGARA KAWASAN DI LADANG LAMBOR, MUKIM KAMPUNG GAJAH, DAERAH PERAK TENGAH SELUAS ±190.00 HEKTAR

 

Lawatan tapak dimestikan. Pembekal yang tidak melawat tapak tidak dibenarkan untuk menyertai tender ini.

 

Tarikh Lawatan           :           3.8.2017 (Khamis)

Tempat Berkumpul     :           Ladang Lambor (05-3890386)

Masa                           :           10.30 Pagi

Tarikh Tutup                :           14.8.2017 (Isnin)

Jam                             :           12.00 Tengahari

 

Borang tawaran boleh didapati di tapak projek pada tarikh lawatan sehingga tarikh tutup di atas dengan harga RM100.00/set (tidak dikembalikan). Bayaran hendaklah dibuat secara tunai.

 

Bayaran pertaruhan (deposit tender) sebanyak RM500.00 (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) bagi setiap tawaran dikenakan dalam bentuk Bank Draft dibayar kepada Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.  dan  hendaklah  dilampirkan bersama dokumen tawaran. Wang ini akan dikembalikan setelah keputusan tawaran dikeluarkan kepada penender yang tidak berjaya sahaja.

 

Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah dan hadir lawatan tapak sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil kontraktor dikehendaki membawa bersama Surat Wakil Kuasa dan Sijil Asal Pendaftaran dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), serta satu salinan sijil-sijil berkenaan untuk simpanan dan rekod pejabat ini semasa membeli Dokumen Tender. Tender yang lewat dari tarikh dan masa ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

 

Borang tawaran yang telah diisi hendaklah dikemukakan dalam sampul surat bermeterai tertulis nombor tawaran dan alamatkan kepada :-

 

 

Pengarah Eksekutif

Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.

No. 3 Jalan Taman Kinta,

Taman Chateau,

30250 Ipoh, Perak.

 

Pihak syarikat tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran

Hubungi Kami

  • No 3 Jalan Taman Kinta,
    Taman Chateau
    30250 Ipoh Perak Darul Ridzuan
    No Tel: 05-253 7924 / 28
    No Faks: 05-2534814
Kerajaan Negeri Perak Darul RidzuanVisit PerakMyGovernmentJPAMAMPUMSC1MalaysiaMyIdeas