IPOH, 12 JANUARI 2024- DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan mencemar dulu menghadiri Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan Anggota Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) Bagi Penggal 2024-2025 dan Hakim Mahkamah Syariah Negeri Perak serta Majlis Penyerahan Zakat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini.
Dalam majlis itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, YBhg. Dato’ Yahanis Yahya turut hadir bagi menyempurnakan sesi penyerahan zakat Perak SADC bernilai RM2,185,854.46 dan wakaf tunai bernilai RM100,000 kepada DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan.

Hadir sama, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani bin Mohamad; YABhg. Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jen. Dato’ Seri DiRaja Tan Sri (Dr.) Mohd. Zahidi bin Haji Zainuddin (Bersara); YB Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ahmad Suaidi bin Abdul Rahim; YB Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azmir Shah bin Zainal Abidin; YB Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Mohd Zaki bin Mahyudin, YB Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta YABhg. Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini & Ketua Pegawai Kewangan Perak SADC, Encik Mohd Azhar Bin. Mohd Yusof.


Perak SADC Serah Zakat RM2.19 Juta
Perak SADC Serah Zakat RM2.19 Juta
Perak SADC Serah Zakat RM2.19 Juta