Penubuhan Kumpulan PPPNP

Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah diperbadankan pada Februari 1973 hasil mesyuarat antara YAB Dato’ Seri Haji Kamaruddin Bin Hj. Mohd Isa (Menteri Besar ketika itu) dengan ahli mesyuarat kerajaan negeri Perak (Exco). Sejajar dengan keputusan tersebut, penubuhan Perbadanan telah diwartakan di dalam Enakmen Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak bil. 2 tahun 1973 (asal),pin.9 (1974) dan pin. bil 7 (1981) dan mula beroperasi pada tahun 1974. Tujuan utama penubuhan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak adalah:-
Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, Perak SADC kini telah memiliki 24 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Bintulu, Sarawak.
Struktur pentadbiran PPPNP diketuai oleh YAB Meteri Besar Perak sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ahli-ahli Lembaga Pengarah pula terdiri daripada Ex-Officio iaitu:
Selain daripada itu, ahli lembaga ini juga dilantik dikalangan Ahli Dewan Undangan Negeri , Ketua-Ketua Jabatan Negeri Dan Persekutuan Serta Ahli Korporat Dan Perniagaan.
Pada awal penubuhan, PPPNP bermula dengan tanaman kelapa sawit dan getah selain tanaman kontan seperti ubi kayu di Ladang Ayer Kuning pada tahun 1978. Akibat penurunan harga pasaran getah dunia pada tahun 1975, PPPNP telah menumpukan kepada pembukaan ladang kelapa sawit.
Hasil daripada usaha gigih pihak pengurusan dan warga kerja, Perak SADC kini telah memiliki 24 ladang kelapa sawit termasuk sebuah ladang yang terletak di Bintulu, Sarawak.
Tahun 2011 perbadanan telah mengorak langkah lebih jauh dengan menceburi mempelbagaikan bidang perniagaan baru iaitu:
PPPNP telah pun distruktur semula dengan melaksanakan pengkopratan dalam usaha untuk menjadikan PPPNP sebuah GLC yang terbaik di negeri Perak khususnya dan di Malaysia amnya. Proses pengkopratan ini telah melibatkan beberapa peringkat dengan menggabungkan beberapa anak syarikat dan diletakkan dibawah satu pengurusan iaitu Perak Agro Management Services Sdn. Bhd.
PPPNP | 40 tahun kecemerlangan
Penubuhan Kumpulan PPPNP
Kumpulan PPPNP memulakan operasi
Ladang Ayer Kuning menjalankan aktiviti tanaman ubi kayu dan kelapa sawit
Penubuhan anak-anak syarikat seperti: Ladang Perbadanan FIMA Berhad, Wibawa Plantations Sdn Bhd, Ladang Jalong Sdn Bhd, Ladang Lekir Sdn Bhd, Lenggong Tea Plantations Sdn Bhd, Fimaly Plantations Sdn Bhd
Pembukaan ladang-ladang kelapa sawit
Kumpulan PPPNP memulakan tanaman kelapa sawit, kelapa dan koko secara komersial di bawah Syarikat Wibawa Plantation Sdn Bhd
Operasi Perbadanan diletakkan di bawah pengawasan Kementerian Perusahaan Awam
Penubuhan Kilang Kelapa Sawit Changkat Chermin di bawah anak syarikat iaitu Ladang Perbadanan FIMA Berhad
Pembukaan Ladang Ayer Kuning sebagai Ladang Rakyat pertama di Ayer Kuning, Kg. Gajah
Ladang Teh Lenggong yang berkeluasan 122 hektar telah mula beroperasi
Kumpulan PPPNP diletakkan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Syarikat usaha sama dengan Kerajaan Jepun-Perak Fruit Development Corporation memulakan operasi penanaman manggis dan bunga secara komersil di Sungkai
Agihan keuntungan pertama oleh Ladang Rakyat Ayer Kuning, Kg. Gajah
Ladang Lekir Sdn Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama PT. Trimitra Sumber Buana, untuk menubuhkan syarikat usahasama - PT. Pinang Witmas Sejati
Pembukaan Ladang PT Pinang Witmas Sejati seluas 14,980 hektar khusus untuk tanaman Kelapa Sawit di Sg. Kebun Melayu, Palembang
Ladang Jalong Sdn Bhd mengambil bahagian dalam sektor ternakan, seperti kambing biri-biri dan kambing feral, di Perth, Australia, melalui anak syarikatnya Ladang Jalong (AUS) Pte Ltd
Penubuhan Kilang Kelapa Sawit di Kg. Gajah
Pembukaan Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning di Ayer Kuning, Kg. Gajah
Pembukaan ladang mempelam di Tanjung Tualang melalui Program Mentor-Mentee
Projek Tanaman Rock Melon di Batu Gajah oleh Syarikat Perak Melon Corporation Sdn Bhd
Projek Ternakan Udang di Kuala Kurau hasil usaha sama dengan SBH Marine Sdn Bhd
Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar di Tasik Temenggor, Gerik hasil usaha sama dengan Trapia Malaysia Sdn Bhd
Pusat Latihan Ladang Lambor di Ayer Tawar ditubuhkan
Pembukaan Projek Ladang Integrasi dan Sosial di Tanjung Tualang: Ternakan Itik Penelur, Tanaman Cili, Kelapa (Mataq), Kunyit, Daun Kesum, Serai Wangi dan tanaman kontan lain
Penjenamaan produk keluaran Kumpulan PPPNP sebagai PEGRO
Penjenamaan semula produk kosmetik jenama Forest Secret
Menaiktaraf Kilang Kelapa Sawit Kg. Gajah
Pembukaan ruang niaga bagi produk jenama Forest Secret di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh
Pembukaan ruang niaga bagi produk jenama PEGRO di Silibin, Ipoh