PPPNP juga bertindak sebagai "Pelaksana Projek" di bawah Agensi Pelaksana dan Pembayar Negeri Perak yang dilantik oleh KPLB bagi projek-projek yang telah diluluskan

Ia juga bertindak sebagai “Penyedia” untuk segala urusan permohonan peruntukan dana daripada KPLB bagi projek-projek yang berimpak tinggi di bawah RMK-12.

Perancangan yang teliti akan diadakan sebelum pelaksanaan sesuatu projek di jalankan, dan seterusnya kerja-kerja pemantauan berkaitan kemajuan/prestasi projek.


Senarai Projek-projek Sosial

PPPNP, dibawah program-program KPLB telah membangunkan beberapa projek sosial yang memberi faedah kepada penduduk Negeri Perak.

Projek Desa Lestari - Eko Pelancongan POS Yum

Satu inisiatif bertujuan untuk mentransformasikan desa menjadi sebuah kawasan maju dengan penduduk berpendapatan tinggi. Maklumat Lanjut

Projek Desa Lestari - Ternakan Ikan Air Tawar

Satu inisiatif bertujuan untuk mentransformasikan desa menjadi sebuah kawasan maju dengan penduduk berpendapatan tinggi. Maklumat Lanjut

Cawangan Desa Mall Silibin, Perak

Satu inisiatif bagi usahawan luar bandar dengan platform eDagang, ‘Live Streaming’ dan perkhidmatan gudang dan logistik. Maklumat Lanjut

PROSPEK Rusa Lenggong

Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK) adalah satu inisiatif KPLB yang menekankan pembangunan ekonomi Insitu. Maklumat Lanjut

Projek Ladang Komersil Sg. Rui

Saru projek pengkormesialan yang bertujuan untuk membangunkan kawasan sekeliling Ladang Sungai Rui yang mempunyai tanaman getah.

Program Latihan Kemahiran

Program PLKK ini menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan bagi peserta mengikuti kursus-kursus latihan kemahiran. Maklumat Lanjut