Unit Korporat Sosial ditubuhkan untuk mengukuhkan peranan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) sebagai pemacu di dalam menyalurkan bantuan dan sumbangan serta pemudahcara strategik untuk kepentingan semua pihak yang berkaitan.
Unit Korporat Sosial bertujuan untuk memfokuskan bantuan kemanusiaan dari segi penyaluran dan penyampaian sumbangan yang lestari untuk membantu peningkatan kos sara hidup mesyarakat, khasnya rakyat di negeri Perak.
Ladang Rakyat
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak telah membangunkan enam (6) buah Ladang Rakyat dengan menggunakan modal dalaman serta dana pinjaman Bank.
Didalam merealisasikan hasrat dan usaha Kerajaan Negeri ke arah mengatasi kemiskinan rakyat, PPPNP menerusi tanggungjawab sosialnya telah menjalankan projek Ladang Rakyat.
Konsep Ladang Rakyat yang dilaksanakan oleh PPPNP adalah seperti berikut:
Ladang Rakyat Pertama
Ladang rakyat yang pertama dilaksanakan adalah di Ladang Ayer Kuning, Kampung Gajah yang ditanam dengan kelapa sawit. Agihan keuntungan sulung Ladang Rakyat Ayer Kuning berjumlah RM38,400.00 diberikan kepada seramai 128 orang terpilih oleh Jawatankuasa Tanah Daerah pada tahun 1991.
Ladang Untuk Rakyat
Skim Ladang Untuk Rakyat adalah satu usaha untuk membantu komuniti rakyat Negeri Perak yang berpendapatan rendah khususnya serta sebagai ganjaran atas jasabakti individu-individu yang telah berkhidmat dan berjasa kepada Negeri Perak amnya.
Konsep Ladang Untuk Rakyat adalah bertujuan untuk membantu komuniti rakyat Negeri Perak yang berpendapatan rendah khasnya, juga sebagai ganjaran kepada individu-individu yang telah berjasa kepada Negeri Perak khususnya. Permohon-permohon yang berjaya/terpilih akan mendapat hasil keuntungan kelapa sawit / getah tanpa perlu mengusahakannya sendiri Semua urusan perladangan akan dikendalikan oleh anak syarikat milik 100% PPPNP sepanjang tempoh pajakan sepertimana yang ditawarkan antara 20 tahun - 60 tahun. Tawaran pembelian Ladang Untuk Rakyat adalah berdasarkan Lot (ekar/hektar) dengan harga yang bersesuaian mengikut kos premium tanah semasa dan lain-lain kos yang terlibat, meliputi:
Setiap tahun, peserta-peserta akan diberikan dividen berdasarkan keuntungan ladang yang telah diaudit, namun, masih lagi tertakluk kepada “tempoh pembayaran dividen” sebagaimana yang tertera di dalam Perjanjian yang telah dipersetujui.
Bagi menjamin bekalan benih yang mencukupi serta bermutu PPPNP telah juga mengusahakan Tapak Semaian Kelapa Sawit serta Tapak Semaian Cetah yang bertempat di Sungai Galah.
Dari masa ke semasa, PPPNP sentiasa merancang penambahan kawasan/lokasi Ladang Untuk Rakyat untuk membolehkan lebih ramai rakyat negeri Perak dapat ditawarkan menjadi peserta dan seterusnya sama-sama menikmati faedah dari keuntungan dari Skim ini.
Program Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning seluas 1,113.86 hektar dan Ladang untuk Rakyat Hilir Perak seluas 889.68 hektar telah dimajukan oleh pihak PPPNP dengan tanaman kelapa sawit melalui dana dalaman serta pinjaman bank.
Laporan Prestasi 2019
Ladang Untuk Rakyat Hilir Perak
Maklumat Lanjut (PDF)
1.5K
1.0K
5.23M
211.21K
Laporan Prestasi 2019
Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning
Maklumat Lanjut (PDF)
2.5K
1.5K
5.19M
1.48M
Ladang Untuk Rakyat
Ladang Pahlawan
Ladang Pahlawan merupakan satu perlaksanaan di bawah Projek Ladang Untuk Rakyat.
Peserta Ladang Pahlawan terdiri daripada bekas anggota tentera yang berpangkat rendah atau balu-balu mereka.
Ladang ini ditubuhkan bagi membantu meringankan beban ekonomi bekas anggota tentera atau keluarga yang ditimpa kemalangan. Selain itu juga, ladang usahawan ini memberi peluang kepada peserta untuk memiliki tanah yang diusaha dan diuruskan secara komersil.
Konsep perlaksanaan Ladang Pahlawan ini adalah, PPPNP akan memajukan tanah yang dimohon daripada Kerajaan Negeri untuk penanaman kelapa sawit. Hasil keuntungan akan diberikan kepada para peserta mengikut syarat dan perjanjian yang telah ditetapkan.
Ladang Pahlawan terletak di Ayer Kuning yang berkeluasan 511.19 hektar.
Laporan Prestasi 2019
Ladang Pahlawan Ayer Kuning
Maklumat Lanjut (PDF)
2.0K
1.5K
2.666M
852.07K
Ladang Untuk Rakyat
Ladang Usahawan Pahlawan
Ladang Usahawan Pahlawan merupakan satu perlaksanaan di bawah Projek Ladang Untuk Rakyat.
Ladang Usahawan Pahlawan ini telah dirasmikan pada 03 Oktober 2005 oleh YAB Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli Ghazali yang merupakan Menteri Besar Perak ketika itu.
Objektif penubuhan ladang ini adalah untuk mewujudkan projek pertanian berkelompok secara komersil untuk golongan pesara tentera yang berpangkat kapten ke atas.
Ladang ini memberi peluang kepada golongan pesara tentera untuk memiliki aset (tanah pertanian) yang akan diuruskan secara profesional dan memberikan sumber pendapatan yang stabil dan berterusan kepada mereka.
Lokasi Ladang Usahawan Pahlawan ini terletak di Tualang Tumbuh iaitu di dalam Daerah Kampung Gajah. Ladang ini mempunyai keluasan 170 hektar.
Pada 18 Februari 2008, YAB Dato’ Seri Diraja Mohd Najib Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri ketika itu telah merasmikan Majlis Penuaian Hasil Ladang Usahawan Pahlawan.
Laporan Prestasi 2019
Ladang Usahawan Pahlawan
Maklumat Lanjut (PDF)
3.5K
1.00M
311.77K
Ladang Untuk Rakyat
Ladang Usahawan Tani
Ladang Usahawan Tani merupakan satu perlaksanaan di bawah Projek Ladang Untuk Rakyat.
Objektif Ladang Usahawan Tani memberi peluang kepada peserta untuk memiliki hartanah (tanaman kelapa sawit) pada harga yang berpatutan dan merupakan sumber pendapatan tambahan kepada peserta.
Peserta terdiri daripada golongan Pegawai Kanan Kerajaan yang telah bersara. Pemilihan peserta adalah tertakluk kepada kelulusan YAB Pengerusi PPPNP.
Konsep pembangunan ladang ini ialah melalui pembangunan tanah dengan tanman kelapa sawit oleh PPPNP. PPPNP akan mendahului kos pembangunan dan penyelenggaraan selama 3 tahun kepada peserta.
Setelah siap ditanam, tanah tersebut akan dipajak kepada peserta. Walaupun tanah dipajak namun keseluruhan ladang masih diuruskan oleh PPPNP sehingga tempoh pajakan berakhir (60 tahun).
Ini bertujuan supaya ladang dapat diuruskan secara profesional dan komersil walaupun peserta tinggal jauh dari ladang atau faktor usia. Perlaksanaan ini sekaligus dapat mengelakkan dari tanah terbiar.
Lokasi Ladang Usahawan Tani ini terletak di Mukim Tanjung Tualang, Daerah Kampung Gajah.
Ladang ini mempunyai keluasan sehingga 385.90 hektar.
Laporan Prestasi 2019
Ladang Usahawan Tani
Maklumat Lanjut (PDF)
2.5K
1.5K
2.57M
270.38K
Ladang Untuk Rakyat Ayer Kuning
NAMA PENGURUS : En. Mohd Borhan Fuad bin Shamsul Hassan
TELEFON : 019-572 0893 | EMAIL : [email protected]
Ladang Untuk Rakyat Hilir Perak
NAMA PENGURUS : En. Mohd Shafee bin Muhani
TELEFON : 011-3670 9545 | EMAIL : [email protected]
