• Perak SADC komited untuk melaksanakan tadbir urus yang telus, berintegriti dan bebas daripada sebarang bentuk rasuah, salah guna kuasa, penyelewengan serta pelanggaran etika dalam semua urusan rasmi organisasi.
  • Pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (SPAR) / Anti-Bribery Management System (ABMS) adalah bertujuan untuk mencegah, mengesan dan menangani risiko rasuah dalam semua aktiviti, operasi dan hubungan perniagaan Perak SADC.
  • Polisi Anti-Rasuah Perak SADC adalah selaras dengan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, undang-undang berkaitan serta keperluan MS ISO 37001:2025.
  • Polisi ini terpakai kepada semua warga kerja Perak SADC, Ahli Lembaga Pengarah, pihak berkepentingan, pembekal, kontraktor, rakan perniagaan dan mana-mana pihak yang berurusan dengan Perak SADC.
  • Perak SADC mengamalkan prinsip tidak bertolak ansur terhadap rasuah. Sebarang bentuk sogokan, tuntutan palsu, konflik kepentingan, salah guna kuasa atau perbuatan yang boleh menjejaskan integriti organisasi adalah dilarang sama sekali.
  • Bagi memastikan pelaksanaan ABMS berjalan dengan berkesan, fungsi pematuhan dan integriti diwujudkan untuk memantau, menilai, melaksanakan pemeriksaan serta audit, dan menyediakan laporan berkala kepada pihak pengurusan.
  • Perak SADC menyediakan saluran pelaporan yang selamat dan sulit kepada warga kerja serta pihak berkepentingan untuk melaporkan sebarang salah laku rasuah atau pelanggaran integriti.
  • Sebarang pelanggaran terhadap Polisi Anti-Rasuah Perak SADC boleh dikenakan tindakan tatatertib, tindakan undang-undang atau tindakan lain yang sewajarnya berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa.