Pada awal penubuhan, PPPNP telah memulakan aktiviti pertanian melalui tanaman kontan seperti ubi kayu,koko dan nenas. Kemudiannya PPPNP telah mengalihkan fokus utama kepada aktiviti-aktiviti perladangan kelapa sawit dan getah.

Walau bagaimanapun, akibat penurunan harga pasaran getah dunia yang ketara pada pertengahan tahun 70-an, PPPNP telah menumpukan sepenuhnya kepada perladangan kelapa sawit melalui pembukaan beberapa ladang baru di seluruh Negeri Perak.

Ladang Jalong Tinggi merupakan ladang kelapa sawit pertama yang dibuka oleh PPPNP pada tahun 1975 di Sungai Siput (U) dengan keluasan 1,416 hektar. Antara ladang-ladang terawal yang dibuka oleh PPPNP adalah:

  • 1983 - Ladang Gelong Gajah
  • 1983 - Ladang Sungai Selinsing
  • 1988 - Ladang Lambor
  • 1988 - Ladang Segar
  • 1989 - Ladang Pulau Tiga

Dua anak syarikat telah ditubuhkan untuk mempelopori usaha dan berperanan dalam memperkasakan tanaman kelapa sawit secara komersil iaitu syarikat Ladang Lekir Sdn Bhd dan Ladang Jalong Sdn Bhd.


Ladang Milik Kumpulan PPPNP

Sektor Perniagaan - Perladangan dan Nurseri


Tapak Semaian

Selain daripada perladangan, Kumpulan PPPNP juga menjalankan perniagaan tapak semaian dan nurseri, terutamanya dalam tanaman kelapa sawit dan getah.

Tapak Semaian Kelapa Sawit di Sungai Galah

Tapak Semaian Kelapa Sawit PPPNP telah dibangunkan pada 16 April 2008 di Sungai Galah.

Tapak semaian ini mampu menampung sebanyak 60,000 pokok semaian kecil (berumur 1 - 3 bulan) dan 200,000 pokok untuk semaian besar yang berumur antara 4-18 bulan.

Tapak Semaian ini menyediakan bahan semaian yang berkualiti tinggi dan tulen bagi memastikan pulangan hasil yang tinggi di ladang-ladang PPPNP.

Tapak Semaian ini menyediakan bahan semaian yang berkualiti tinggi dan tulin bagi memastikan pulangan hasil yang tinggi diladang-ladang Perbadanan.

Bekalan biji benih cambah diperolehi dari pembekal tulin yang diperakui, Antara klon yang terdapat di sini adalah Yangambi, AAR, Chemara, GH500 dan Calix 600.

Pada masa ini tumpuan adalah untuk memenuhi keperluan anak benih di ladang-ladang Kurnpulan PPPNP dan kapasiti pengeluaran anak benih akan ditingkatkan bagi rnernenuhi permintaan pasaran.

NAMA PENGURUS : En. Zuljazmi bin Bahari
TELEFON : 05-3607806
EMAIL : [email protected]
KELUASAN LADANG : 21.50 hektar
TAMANAN UTAMA : Semaian Anak Benih Sawit