Unit Usahawan PPPNP diwujudkan oleh PPPNP pada tahun 2019 bertujuan untuk melahirkan dan mengembangkan projek usahawan-usahawan Perak yang sedia ada di dalam bidang pertanian dan akuakultur. Pihak PPPNP juga berfungsi sebagai pemudahcara bagi membantu usahawan di dalam bidang pertanian dan seterusnya memberi khidmat nasihat kepada usahawan tani.
Penubuhannya juga bertujuan membantu dan melahirkan usahawan pertanian dan akuakultur supaya menjadi penyumbang utama kepada pengeluaran makanan negara dan PPPNP berperanan sebagai peneraju dalam pembangunan usahawan melalui kerjasama daripada syarikat-syarikat dan agensi kerajaan yang terlibat serta diharap dapat memenuhi keperluan dan meningkatkan daya saing usahawan bagi menghadapi cabaran dan risiko perniagaan.
Kategori usahawan yang dibantu adalah usahawan mikro, usahawan kecil dan usahawan sederhana dengan skim bantuan geran pembiayaan atau pembiayaan pinjaman tanpa faedah 0%.
Objektif Unit Usahawan adalah seperti berikut:
Skim Pembiayaan Pinjaman Tanpa Faedah
Skim Pembangunan Usahawan
Pembiayaan harta modal bagi pengembangan perniagaan untuk pembelian bahan mentah, stok dan aset, serta keperluan yang berkaitan dengan perniagaan yang dicadangkan.
Usahawan mesti terlibat dalam kategori Pertanian, Penternakan, Perikanan, Produk Hiliran.
Usahawan mesti mempunyai kawasan usaha di tanah milik sendiri atau disewa atau pajakan.
Usahawan mesti mempunyai pengalaman dalam bidang usaha yang dipohon.
Jumlah pinjaman RM3,000 - RM100,000.
Pembayaran balik pinjaman maksima 5 tahun (berdasarkan pada status tanah atau premis).
Geran Program Asnaf Berjaya
Skim Pembangunan Usahawan
Pembiayaan harta modal bagi pengembangan perniagaan untuk pembelian bahan mentah, stok dan aset, serta keperluan yang berkaitan dengan perniagaan yang dicadangkan.
Usahawan mesti mempunyai kawasan usaha di tanah milik sendiri atau disewa atau pajakan.
Jumlah geran RM3,000 - RM5,000.
Usahawan adalah dari golongan asnaf yang berdaftar dengan e-Kasih atau OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya
(PLKK)
Program ini ditaja oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan dilaksanakan oleh pihak Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP).
Golongan sasaran adalah individu Program ini menyasarkan golongan miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah (B40) yang disahkan dalam Mesyuarat FGD Daerah
Program Latihan Kemahiran Dan Kerjaya (PLKK) ini turut menyediakan bantuan kewangan dan pengurusan kepada kumpulan sasaran untuk meningkatkan kemahiran kumpulan sasar.
Membuka peluang pekerjaan atau mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi dan seterusnya mengeluarkan mereka serta keluarga dari belenggu kemiskinan.
Hubungi Kami
Ibu Pejabat PPPNP
No. 3, Jalan Taman Kinta, Taman Chateau 30250 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
No. Telefon : 05-2537924/05-2537928
En. Asnoul di talian 019-4146900 (Telefon/WhatsApp)
Unit Pusat Latihan & Projek Sosial, Bahagian Korporat Sosial PPPNP
