VISI Kumpulan PPPNP
Menjadi agensi peneraju pembangunan pertanian yang unggul dan dihormati
MISI Kumpulan PPPNP
Membangunkan sektor pertanian negeri dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan negeri Perak melalui:
Projek-projek komersil pertanian dan industri asas tani yang bernilai tinggi
Program-program pembangunan sosial yang berimpak tinggi
Penjanaan pulangan ekonomi terbaik daripada aktiviti bisnes perladangan dan aset-aset PPPNP
Hala Tuju Kumpulan PPPNP
Pelan hala tuju penstrukturan Kumpulan PPPNP adalah pelan penjajaran semula hala tuju PPPNP dalam bidang pertanian. PPPNP secara dasarnya mengamalkan amalan pengurusan pertanian secara mampan dan kos efisien. PPPNP berhasrat untuk memaksimakan sumber dengan berorientasikan kepada tanggungjawab sosial kepada rakyat. Melalui sistem yang lebih baik, diharapkan dapat meningkatkan hasil dan pendapatan Kumpulan PPPPNP.
