Perak Agro Mills Sdn Bhd (PAMSB)

Perak Agro Mills Sdn Bhd (PAMSB) yang ditubuhkan pada 28 Julai 1990 merupakan syarikat milik penuh Perak Agro Oil Palm Sdn Bhd.

PAMSB terletak di Mukim Pulau Tiga, kira-kira 3 kilometer (km) daripada jalan utama Tok Paduka Raja dan terletak lebih kurang 13 km dari pekan Kampung Gajah.

Kegiatan utama PAMSB adalah terarah kepada sektor perkilangan, pemprosesan dan jualan minyak kelapa sawit dan isirong sawit.

Pada 1 Julai 2001 kapasiti asal pemprosesan adalah sekitar 30 metrik tan (mt)/jam namun sekitar Ogos 2014, PAMSB telah menambah kapasiti pemprosesannya kepada 60mt/jam.

Untuk makluman, PAMSB merupakan peneraju utama kepada aktiviti pemprosesan Buah Tandan Segar (BTS) di kawasan sekitar Kampung Gajah dimana hampir 50 peratus BTS yang diproses oleh PAMSB adalah daripada pekebun-pekebun kecil.

Pada ketika ini bilangan keseluruhan kakitangan PAMSB berjumlah 105 orang.