Piagam Pelanggan Kumpulan PPPNP

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan berkualiti seperti berikut

01

Mengesahkan terimaan aduan awam dalam tempoh 24jam dan mengemukakan maklumbalas aduan dalam tempoh 3 hari dari tarikh aduan di terima.

02

Mengemukakan maklumbalas kepada permohonan tanah projek sumber mineral dalam tempoh 30 hari sekiranya permohonan tidak dapat dipertimbangkan.

03

Mengemukakan maklumbalas keputusan permohonan sewaan, pajakan dan sumber mineral dalam tempoh 3 bulan.

04

Semua tuntutan bayaran yang teratur akan dibayar dalam tempoh 14 hari daripada penerimaan invois.

05

Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit, Akaun, Risiko & Integriti sebanyak 4 kali setahun.

06

Mengeluarkan Laporan Audit dalam tempoh 30 hari bekerja selepas tarikh pengauditan selesai dijalankan.

07

Memaklumkan hasil penyisatan pelanggaran tatakelakuan & etika organisasi/rasuah/salahguna kuasa kepada pengadu dalam tempoh TUJUH (7) hari bekerja dari tarikh laporan siasatan yang dikemukakan kepada Jawatankuasa Sistem Pengurusan Anti Rasuah PPPNP.

08

Memastikan keputusan permohonan bantuan pinjaman/geran usahawan dikeluarkan dalam tempoh 10 hari dari tarikh kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Usahawan.