Akuakultur

Produk Sejuk Beku Udang dan Produk Sejuk Beku Ikan Talapia merupakan dua projek yg dijalankan serentak di bawah pantauan PPPNP.

Produk Sejuk Beku Udang

Projek ini merupakan kerjasama di antara SBH Aquaculture Farm Sdn Bhd dan Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd. Kedua-dua kerjasama ini telah mewujudkan syarikat SBH Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd dengan pegangan saham (49% : 51%)

Projek ini terletak di Mukim Kuala Kurau, Daerah Kerian.

Projek ini telah dijalankan di atas tanah seluas 120.63 ekar (48.82 hektar) dengan nilai projek hampir RM28 juta.

Dengan keluasan yang telah diperuntukkan, terdapat 42 unit kolam udang yang sedang beroperasi.

Produk Sejuk Beku Ikan Tilapia

Trapia Malaysia Sdn Bhd merupakan syarikat usahasama antara anak syarikat PPPNP, Perak Agro Aquaculture Sdn Bhd dan Genomar, Norway.

Sesi perjanjian usahama telah dimeterai pada Februari 2008 dengan Trapia Malaysia Sdn Bhd untuk pembangunan operasi 2 unit kolam di Tasik Temenggor, Grik Perak.

Tujuan pembangunan ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan permintaan makanan menerusi teknologi pembangunan yang berkualiti.

Kapasiti Pengeluaran Semasa

Pusat penetasan yang terletak di Bongor mampu mengeluarkan 2 juta anak ikan dalam masa 1 minggu.

Pusat pembesaran terletak di Tasik Temeggor yang mempunyai 3 modul. Setiap 1 modul mempunyai 20 sangkar yang berdiameter 20 meter. 3 modul ini mampu mencapai pengeluaran sebanyak 7,500 MT/ tahun.

Pusat pemprosesan filet di Parit Buntar mempunyai kapasiti ikan mentah 25 MT/ hari. 75% filet ikan untuk Amerika Utara, 15% untuk Eropah dan baki 10% adalah untuk pasaran tempatan.


Perniagaan Daging Halal

Eurofresh Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak melalui pemilikan saham oleh Ladang Lekir Sdn Bhd dalam Eurofresh Sdn Bhd sebanyak 60%.

Eurofresh Sdn Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1995. Menjalankan perniagaan lebih daripada 20 tahun dan mempunyai 30 tahun pengalaman dalam industri pembekalan makanan sejuk beku berasaskan hasil laut dan daging.

Eurofresh Sdn Bhd telah menjalinkan dan mempunyai rangkaian lebih daripada 15 buah negara di seluruh dunia merangkumi benua Asia serta Amerika Selatan dalam mendapatkan pelbagai jenis bekalan produk makanan sejuk beku berasaskan hasil laut dan daging yang berkualiti.

Bagi memastikan kesegaran serta kualiti produk terjamin, Eurofresh Sdn Bhd melakukan pembelian secara terus daripada pembekal. Kualiti produk, perkhidmatan cemerlang dan harga yang kompetitif membuatkan Eurofresh Sdn Bhd menjadi antara peneraju kepada industri makanan laut serta daging.

Eurofresh Sdn Bhd telah menjalinkan dan mempunyai rangkaian lebih daripada 15 buah negara di seluruh dunia merangkumi benua Asia serta Amerika Selatan dalam mendapatkan pelbagai jenis bekalan produk makanan sejuk beku berasaskan hasil laut dan daging yang berkualiti.

Eurofresh Sdn Bhd bertapak di Kepong Industrial Park dengan menggunakan trak sejuk beku untuk melakukan penghantaran ke hotel-hotel, restoran, dewan bankuet dan kelab golf di sekitar Lembang Klang. Bagi pelanggan yang berada di luar Lembah Klang, Eurofresh Sdn Bhd juga menyediakan penghantaran secara terus dalam memastikan produk keluaran syarikat sampai kepada para pelanggan.

Misi Eurofresh Sdn Bhd bukan sahaja memastikan setiap penghantaran tiba tepat pada waktunya malah memberi kepuasan kepada setiap tempahan yang dibuat oleh para pelanggan.

Eurofresh Sdn Bhd berbangga dengan kualiti, kepelbagaian serta perkhidmatan disediakan yang membolehkan syarikat ini menjadi pilihan utama bagi memenuhi keperluan makanan laut dan daging untuk setiap para pelanggan.