IPOH, 25 JANUARI 2024 - Satu Kejohanan Lawn Bowls Tertutup Perak Siri 1 2024 (Open Fours) anjuran Persatuan Lawn Bowls Perak telah berlangsung di Arena Lawn Bowls, Ipoh, hari ini.
Kejohanan ini disertai sebanyak 24 pasukan yang melibatkan peserta seramai 144 orang dari pelbagai agensi, atlet SUKMA Perak dan sekolah dalam negeri Perak. Perak SADC telah menghantar sebanyak 2 buah pasukan yang terdiri dari 12 orang kakitangan.
Dalam kejohanan ini, johan telah dimenangi oleh pasukan SUKMA 'C' yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM400 manakala pasukan PDRM 'B' memenangi naib johan yang membawa hadiah wang tunai bernilai RM300. Pasukan SUKMA 'A' pula telah merangkul tempat ke-3 yang membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200.
Penyampaian hadiah kepada para pemenang kejohanan telah disampaikan oleh En Syed Aris Bin Syed Akmal Beg, Pengurus Unit Pentadbiran Perak SADC sambil diiringi oleh En Zuraidi bin Putih, Timbalan Presiden Lawn Bowls Perak.
Moga dengan penyertaan pasukan Perak SADC dalam kejohanan kali menjadi satu pengalaman dan langkah kejayaan pada masa akan datang. Tahniah & Terima kasih juga diucapkan kepada semua pegawai & kakitangan Perak SADC yang telah menjayakan kejohanan pada kali ini.
