IPOH, 28 JAN 2024-Perak SADC tidak melepaskan peluang menyertai Jualan Termurah MADANI sempena lawatan YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Tambun yang diadakan di Padang Awan, Klebang Restu, Ipoh. Jualan murah kali ini memfokuskan kepada penawaran produk makanan basah & kering seperti sotong, udang, ikan dan sayur-sayuran manakala Perak SADC menawarkan daging 'Lenggong Beef' yang dijual dengan potongan harga sebanyak 15%.
Dato' Seri Anwar Ibrahim jugak sempat hadir ke khemah jualan daging Perak SADC dengan disambut oleh YBhg Dato' Haji Yahanis Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC dan turut memotong daging serta beramah mesra dengan kakitangan Perak SADC.

Lenggong Beef@Jualan Termurah MADANI
Lenggong Beef@Jualan Termurah MADANI
Lenggong Beef@Jualan Termurah MADANI