IPOH, 28 JAN 2024- YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan lawatan ke tapak Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) INTAN Ulu Kinta sempena lawatan beliau ke Tambun. Inisiatif ini telah gerakkan oleh Kementerian Ekonomi bagi membantu membasmi kemiskinan rakyat selain memainkan peranan dalam menangani isu keselamatan dan keterjaminan makanan.
Turut hadir dalam majlis itu, YAB Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Saarani Mohamad; YB Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli; YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Bin Ahmad; Exco Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, YB Dato’ Mohd Zolkafly Harun dan Perak SADC diwakili oleh Ketua Pegawai Operasi, Encik Mohd Kahar Mukktarudin.
Program IPR Ulu Kinta menggunakan tanah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di dalam Kawasan Hospital Bahagia Tg Rambutan seluas 20 ekar yang melibatkan peserta seramai 30 orang dengan memulakan tanaman terung dan cili. Melalui inisiatif ini, kerajaan tidak memberi modal tunai atau baja/perkakas seperti sebelum ini tetapi kerajaan telah menyediakan tapak pertanian moden (dari tanah kerajaan) yang telah dilengkapi sistem pengairan dan pembajaan moden serta pembimbing dari pasukan teknikal pertanian moden.
YB Rafizi Ramli menyatakan bahawa, program ini telah memberi impak kepada peserta dengan purata tambahan pendapatan bulanan yang dapat dijana bagi setiap kitaran mampu mencecah RM3,000 – RM5,800 sebulan yang melebihi gaji median pekerja formal (bergaji bulanan) negara iaitu RM2,600.
Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) antara rakan strategik yang dilantik oleh Kementerian Ekonomi bagi program IPR di negeri Perak yang berperanan menyediakan latihan & pasukan teknikal kepada peserta yang terlibat.

Perak SADC Rakan Strategik Program IPR Negeri Perak
Perak SADC Rakan Strategik Program IPR Negeri Perak
Perak SADC Rakan Strategik Program IPR Negeri Perak
Perak SADC Rakan Strategik Program IPR Negeri Perak
Perak SADC Rakan Strategik Program IPR Negeri Perak